Sejak sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan SPM, STPM , STAM dan setara dengannya diumumkan bermula sejak 24hb Jun 2020 lalu, ramai ibu bapa tertanya-tanya bilakah anak-anak mereka akan dibenarkan kembali ke sekolah. Kak shima pun sama hehehe. 

Baru-baru ini menerusi telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara, KPM telah mengeluarkan Takwin Baru Persekolahan 2020 yang telah dipinda.

Kumpulan A: Sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Kalau korang perasan, cuti pertengahan penggal telah dikurangkan dan dibawa ke bulan Ogos manakala cuti akhir tahun telah dipendekkan kepada 2 minggu sahaja.


KPM juga telah mewar-warkan kepada orang ramai cuti perayaan 2020. Bolehlah merancang semula cuti tahunan kita semua bagi tahun 2020 ini.

Moga bermanfaat untuk semua :)