Susu ibu sebenarnya mempunyai seribu kebaikan di dalamnya. Di dalam Islam sendiri sangat menggalakkan penyusuan ibu. Malah banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran menyebut mengenai susu ibu.
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu |
Salah satu ayat Al-Quran mengenai penyusuan ibu :
" Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi mereka yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu ".
- Surah Al- Baqarah , ayat 233
Malah seorang professor dari Royal College of Paediatrics, Russell Viner berkata " Kebaikan susu ibu telah banyak diketahui umum namun masih ramai lagi yang tidak mengambil langkah untuk menyusu bayi mereka dan ini sebenarnya memberi kesan kepada bayi itu sendiri"
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
Untuk bayi
1.Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik
2.Mengurangkan risiko bayi SIDS
- SIDS adalah Sindrom Kematian Bayi Mengejut. Dengan menyusukan bayi, ianya dapat dikurangkan sebanyak 50%.
3.Susu ibu ada kolostrum. Kolostrum adalah susu yang dihasilkan oleh ibu pada 3 hari pertama selepas kelahiran bayinya.Kolostrum atau dipanggil cecair emas oleh sesetengah pakar ini di dalamnya ada :
- Kaya dengan antibodi. Ia menguatkan antibodi bayi yang baru lahir
- Bersifat laksatif - dapat mempercepatkan pembuangan mekonium antara faktor utama terjadinya jaundis ( demam kuning )
- Mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan ( Growth Factor ) yang bantu mematangkan usus seterusnya mengurangkan risiko allergi.
- Mengandungi protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A ( SIgA ). Ia digunakan di dalam sistem pertahanan badan ( sistem imuniti ) untuk mengenalpsati dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.
5.Ia mudah diperolehi pada suhu yang betul pada setiap masa. Jadi ianya tidak mudah tercemar dan senang disediakan.
6.Ia memberi peluang kepada ibu dan anak berinteraksi sepenuhnya, kestabilan emosi dan meningkatkan kasih sayang antara kedua-duanya.
- Untuk ibu
2. Membakar kalori dan membantu ibu kembali ke berat asal
- Untuk makluman semua, proses penyusuan boleh membakar 200-500mg kalori setiap hari. Tidak hairanlah ramai ibu yang menyusukan bayi mereka dapat kembali kepada bentuk badan asal selepas habis berpantang
4. Perancang keluarga semulajadi
- Dengan penghasilan prolaktin semasa penyusuan, hormon estrogen dan progesteron akan berada pada paras yang rendah. Dengan itu, organ ovalusi tidak diaktifkan
Penyusuan susu ibu memang banyak beri kebaikan kepada ibu dan bayi. Namun tidak semua ibu berpeluang dapat lalui momen yang berharga ini.
Set Menyusu Bajet Shaklee boleh menjadi antara ikhtiar ibu-ibu yang bertekad ingin berikan yang terbaik buat bayi mereka
Boleh baca info lanjut di sini
Moga bermanfaat untuk semua :)
18 Comments
good info ni
ReplyDeleteTerima kasih atie sudi singgah blog akak :)
DeleteBagusnya penyusuan ibu ni kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah pada semua ibu yang dapat completekan journey BF ini :)
Deleteinfo yang bagus terutamaa buat yang baru mennimang cahaya mata :)
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteMasyaAllah hebatnya susu yang Allah cipta!
ReplyDeleteHaah MNS! Bila dapat tahu semua ini,terfikir juga betapa hebatnya kurniaan Allah pada bayi yang baru lahir :)
Deletesayangnya anak bongsu sy ni x nak minum susu ibu...jd terpaksalah minum susu formula sejak bayi lagi. huhuhuhu...
ReplyDeletexpe abam kie. pasti ada hikmahnya :)
Deletehak anak2 yang perlu kita usaha untuk beri. tapi kalau tak dapat beri, pasti ada hikmahnya...
ReplyDeleteHaah Bzue!Setiap kejadian pasti ada hikmahnya :)
Deletewow banyak tu kebaikan..patot la banyak ibu yg menyusu baby badan maintain je kurus
ReplyDeleteAntara kebaikan yang tersirat dalam penyususan ibu hehehe
DeleteWow. Alhamdulillah byk Sgt khasiat susu ibu ni. Tq share info 🤗
ReplyDeleteSama-sama dear :)
Deleteharap2 ummi boleh adae pengalaman menyusukn anak sampai 2 tahun..aaaminnn
ReplyDeleteAamiinn
DeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)