5 Punca sembelit ketika hamil |
Sembelit antara gejala biasa yang dialami oleh ibu hamil terutama mereka yang berada di fasa akhir kehamilan. Ianya boleh menjejaskan kualiti hidup bakal ibu dan boleh membawa kepada masalah lain seperti buasir atau kelahiran pra matang jika ianya dibiarkan berterusan.
Ada banyak sebab yang menjadi punca sembelit ketika hamil. Kak shima kongsikan 5 punca sembelit ketika hamil.
Apakah sembelit?
Masalah sembelit boleh dilihat pada bagaimana kekerasan najis. Orang yang mengalami sembelit akan mengadu sukar mengeluarkan najis kerana ianya terlalu keras seperti batu sehingga mungkin menyebabkan pendarahan atau buasir.
Punca Sembelit Ketika Hamil
1. Perubahan Hormon
Ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan hormon progesteron bagi menyokong kehamilan. Ianya akan menyebabkan proses penghadaman makanan di dalam usus menjadi perlahan.
2. Rahim Semakin Membesar
Rahim yang semakin membesar akan menyebabkan tekanan pada usus sehingga pergerakan najis menjadi perlahan menuju ke usus besar dan rektum.
3. Dehidrasi
Ibu hamil cenderung kurang mengamalkan minum air kosong akan mudah mengalami dehidrasi sekaligus mengakibatkan sembelit.
4. Pengambilan Supplemen Zat Besi
Supplemen zat besi dipreskrib oleh doktor kepada ibu hamil adalah untuk menangani masalah HB yang rendah. Namun ianya boleh menyebabkan najis menjadi lebih keras dan antara punca sembelit ketika hamil.
5. Kurang Fiber
Diet ibu hamil kadang kala tidak menentu disebabkan alahan yang dialami. Sembelit selalunya berpunca dari kurangnya fiber dalam diet harian ibu hamil.
Sembelit pada ibu hamil tidak boleh dibiarkan. Ianya perlu dirawat dan dirujuk pada doktor yang merawat.
Moga bermanfaat untuk semua :)
4 Comments
thank you sharing info
ReplyDeleteYou're welcem atie :)
DeleteThanks for sharing sis, teringat pulak zaman sembelit masa pregnant anak2 nih. memang seksa je rasa huhu
ReplyDeleteTulah sis pun sama. Bila teringat masa dulo², seriau jgk huhuhu
DeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)