Kementerian Pendidikan mengumumkan pembukaan sekolah adalah bermula pada 1 Mac 2021.
Dalam sidang media oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin pada 19hb Februari 2021, beliau memberitahu sesi persekolahan mula dibuka untuk pelajar sekolah rendah iaitu pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2.
Manakala bagi pelajar Tahun 3 hingga Tahun 6, mereka mula bersekolah mulai 8 Mac ini.
Bagi pelajar Kolej Vokasional pula mula dibuka pada 1 Mac 2021 dan sekolah antarabangsa semua peringkat dan kategori adalah pada 8 Mac 2021. "Sekolah swasta,sekolah bantuan Kerajaan ( SBK ) dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan akan mengikuti jadual sebagaimana tarikh-tarikh yang ditetapkan itu," ujar beliau dalam sidang media yang diadakan
Bagaimanapun bagi pelajar sekolah menengah , mereka mula kembali ke sekolah selepas cuti pertengahan penggal iaitu pada 4 April bagi sekolah Kumpulan A ( Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu ) manakala 5 April bagi sekolah Kumpulan B
Pandangan seorang ibu
Sebenarnya bercampur baur perasaan kak shima sebagai seorang ibu yang mempunyai anak berumur 10 tahun dan 7 tahun.
Gembira sebab :
- mereka boleh belajar secara bersemuka bersama guru di mana pada pendapat kak shima ini adalah teknik belajar yang terbaik sebab ada interaksi antara guru dan murid-murid
- mereka boleh berjumpa dengan kawan-kawan, belajar dan bermain bersama-sama
- mereka boleh menikmati zaman persekolahan sama seperti sebelum adanya wabak covid 19 walau ada SOP yang ketat
- mak ayah tak perlu dah jadi ' hijau ' hehehe
- kes positif covid 19 masih tinggi terutamanya di Selangor
- penjarakan sosial yang sukar untuk diamalkan terutamanya mereka yang naik van @ bas sekolah.
10 Comments
kejap buka kejap tutup.. takpala.. ada hikmah semua ni :)
ReplyDeleteKan.moga ada pelangi yang indah selepas musim hujan yang panjang 🥰
DeleteMemang ada baik dan buruk.
DeletePatuhi SOP dan peraturan ditetapkan.
InsyaAllah patuhi SOP salah satu usaha kita semua untuk 'flatten the curve'.
DeleteSaya takde pula terfikir dari sudut tu, budak-budak yang pergi sekolah naik van atau bas sekolah. Memang dia orang mana ada penjarakan sosial. Budak-budak, kan. Saya hantar dan ambil anak sendiri, dari dulu depa sekolah rendah sampai sekolah menengah. Apa pun, semoga selamat anak-anak kita.
ReplyDeleteTulah namanya budak-budak.Jenuh jugak nak suruh diaorang amalkan penjarakan sosial. Moga Allah jaga semua orang yang kita sayang 😊
DeleteSepatutnya semalam dah start sekolah. Bila Betong, Sarawak kes Naik mendadak Dan bertukar jadi red zone. Sekolah kena tutup balik. Sian² anak² dah excited nak ke sekolah. Tapi nak buat macam Mana la Kan.
ReplyDeleteAlahai sian anak² fiza. Moga kes positif covid19 dapat diturunkan segera dalam masa terdekat ini :)
DeleteAlhamdulillah, sekolah dah buka dan anak anak pun dah boleh pergi sekolah. Seronok masing masing dapat sekolah belajar dengan kawan-kawan. Semoga anak anak jaga sop dan stay safe :)
ReplyDeleteMasing² excited nk jumpa kawan.
DeleteMoga Allah jaga mereka. Aamiin yra :)
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)