56 Soalan Mengenai ESP


56 Soalan Mengenai ESP
56 Soalan Mengenai ESP


1. Apakah yang dimaksudkan Soya Non-GMO?
Soya Non-GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Erti kata bahawa kacang soya ESP adalah bahan organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna.


2. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekulnya. Akan tetapi, tindak balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.


3. Bagaimana soya ESP berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan


4. Bagaimana soya ESP boleh bantu wanita yang ingin hamil?
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi dan sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat ( seperti hormon untuk kesuburan & sel-sel sistem pembiakan )


5. Soya tidak elok untuk lelaki. Adakah ia fakta atau auta?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki

6. Bagaimana nak kenal pasti customer yang alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik soya? Selepas pembelian baru tau yang dia alergik soya 
Sebaliknya buat pemeriksaan di klinik/hospital untuk mengesan alergik kepada sesuatu makanan

7. Dari segi perbidanan Melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dalam kekacang. Betul ke?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang


8. Berapa sudu yang sepatutnya di ambil dalam sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu sehari? Kalau melebihi kuantiti ESP yang diambil, adakah ia memudaratkan?
Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14gram bagi 1 hidangan. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari. Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.


9. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan kenapa ada yang ambil boleh kurus?
Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplemen berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengalaman supplemen tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, kita perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.


10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?
Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi, 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam ( pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal )


11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen Shaklee yang lain ?
Boleh, tiada masalah.


12. Ada mitos kata soya tak bagus untuk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif.
Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan malah banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.


13. Soya tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser ( makanan sel kanser ). Betulkah?
Soya dari sumber Non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam.


14. Bolehkah ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang menjalani dialisis?
Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu


15. Adakah ESP penyebab bayi ruam?
Tidak


16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah? Jika ibu hamil mengambil ESP, adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?
Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan untuk ibu hamil mengambil Ostematrix bagi menampung keperluan kalsium.


17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil supplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.

18. Bolehkah ibu yang menyusu anak g6pd ambil ESP dalam tempoh menyusu itu? Ada kesan sampingan pada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan , kecuali di bawah kebenaran doktor


19. Orang gout boleh ambil ESP tak?
Boleh


20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah akan bertambah atau sebaliknya?
Bergantung pada pemakanan ibu dan anak.


21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?
ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempengaruhi berat badan.



22. Bagaimana cara makan ESP yang betul untuk elak berat badan naik?
Rujuk jawapan 10



23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran?
Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon


24. Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan atau apabila dah tak ambil?
Tidak. Boleh rujuk jawapan 9


25. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan kulit?
ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat dan sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit seperti kulit putih dan gebu.

Ini adalah kerana sumber protein yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan lengkap dengan kandungan asid amino. Protein diperlukan dalam membina sel-sel kulit yang baru. Jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat,pengambilan protein yang berkualiti tinggi adalah penting.


26. Kanak-kanak boleh consume ESP tak? Dan kalau boleh berapa sukatan yang sesuai untuk kanak?
Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Mealshake


27. Berapa sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabetes?
Pengambilan seperti biasa. 1- 2 kali sehari.


28. Apakah bukti yang soya ESP adalah non-gmo?
ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program ( IPP ) di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-gmo


29. Pengambilan ESP dikatakan bantu kenyang lebih lama tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada kesilapan dalam pengambilan?
Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14g protein ( 105 kcal ). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza. Sekitar 5 - 9g setiap jam. Jadi dalam 3 - 4jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dengan ESP.


30.ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. Kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium?
Ya, betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.


31. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita yang menopause?
Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormon estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.


32. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil still boleh consume ke?
Disarankan untuk tidak minum selepas expiry date.


33. ESP salah satu produk dicadangkan bagi ibu menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan naik. Bagaimana pengambilan yang betul untuk kurus?
Rujuk jawapan no.9


34. Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah? Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?
Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan untuk orang berdarah B.


35. Bagimana ESP mengekalkan kesegaran?Contoh banyak ESP produced on 2014 tapi expired lama sehingga 2016. Ada certain ESP bau pun kadang2 lain dah. Kadang-kadang customer tanya kenapa bau ESP tak sama untuk semua canister? Mohon pencerahan
Ini kerana pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakanair untuk dibasuh, jadi ia dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca /iklim penuaian soya pada ketika itu.

36. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh pesakit cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
Soya bukan penyebab kepada penyakit cyst tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa supplemen



37. Macam mana pula fungsi ESP untuk naikkan berat badan dan untuk turunkan berat badan? Adakah berbeza cara pengambilan ESP atau macam mana?
Perlu faham konsep pengambilan ESP. Rujuk jawapan soalan no.9 dan no.10


38. Ibu yang tiada eczema masih menyusukan bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul ke?
Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai alergik kepada soya. Tetapi kebarangkalian adalah rendah.


39. Adakah ESP mengandungi soy isoflavon yang boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki        ( testosterone ) dalam badan wanita?
Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.


40. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?
Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan oleh faktor pengambilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.


41. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?
Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh oleh pesakit tertentu, bagaimanapun sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang mengidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.


42. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil, ibu menyusu, yang nak kurus dan yang nak jaga kesihatan?
Disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.


43. Adakah kegatalan badan selepas consume ESP dianggap healing crisis? Atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasanya healing krisis untuk pengguna ESP?
Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air. Sebaiknya buat pemeriksaan untuk lihat tahap alergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosong secukupnya setiap hari.


44. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?
ESP bukan ubat tapi supplemen. Ia bertindak untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat. Selain itu, boleh ambil Vitamin C, E dan Collagen Plus untuk kulit


45. Kenapa ada ESP berasa pahit? Belum expired pun
ESP tidak pahit. Sila laporkan kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan


46. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit dan demam panas?
Bergantung pada individu. Tiada masalah setakat ini sejak SEP dikenalkan sejak 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk dapatkan rawatan dari doktor


47. Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi?
Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.



48. Bagaimana ESP membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita?
ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormon , secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.



49. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?
Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.



50. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?
Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul dan cukupkan pengambilan air kosong.


51.Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, ada cara minum yang sesuai tak?
MinumESP dengan mencampurkan minuman lain seperti jus buah-buahan.


52. Protein dikatakan penggalak kanser.Bolehkah pesakit kanser minum ESP?
Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan supplemen.


53. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?
Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisisnya.Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahapkesihatan setiap orang. 


54. Abang sama ada asthma. Ambil ESP terus trigger asthma.
Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga. Sila buat pemeriksaan kepada doktor dahulu.


55. Kenapa ESP mesti dibancuh dengan air sejuk atau air suam? Tidak dengan air panas?
Protein akan musnah jika dibancuh dengan air yang suhunya melebihi 40° celcius. Jadi,penting ESP dibancuh dengan air sejuk atau air suam untuk memelihara protein dan khasiatnya.


56. Bolehkah pengidap diabetes mengambil ESP?
Boleh kerana kandungan Glisemik Indeks ( GI ) adalah rendah iaitu 39. Kadar GI yang rendah bertindak memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glucos ke dalam sistem badan. Tetapi adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih  dahulu.


Untuk lebih jimat, boleh jadi ahli dan beli pada harga ahli.Klik sini untuk Cara Jadi Ahli Shaklee

Atau ingin dapatkan produk Shaklee yang lain atau sebarang pertanyaan mengenai Shaklee ? Boleh hubungi kak shima di 012-2043175 atau klik sahaja ikon whatsapp di sebelah kiri blog :)




Post a Comment

4 Comments

  1. shaklee ni mmg rasa susu kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah atie. Nak sedap, blend dengan buah jadi smoothies. Sodap :)

      Delete
  2. banyak betul faedahnya dalam 1 botol ESP ;-)

    ReplyDelete
  3. ESP yang sedap. Hari hari minum rasa bertenaga dan kenyang lama :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)