Pengalaman Anak Masuk Darjah 1 Tahun 2021

Alhamdulillah anak kedua kak shima , Nur Aisyah Safiyyah masuk Tahun 1 pada 1 Mac aritu. Seronok dia dapat pergi sekolah selepas asyik bertanya " ibu, bila Aisyah nak masuk sekolah macam abang?". Jenuh jugak nak jawab soalan dia sebab selalu ulang-ulang tanya.

Takwim persekolahan tahun 2021 berbeza dengan takwim persekolahan sebelumnya. Pada tahun ini, persekolahan dibuka secara berperingkat dimulai dengan Tahun 1 & Tahun 2 mula bersekolah pada 1 Mac 2021 manakala Tahun 3 - Tahun 6, mula kembali ke sekolah pada 8 Mac 2021.

Boleh baca lebih lanjut di sini :

Tarikh Sekolah Buka Selepas PKP 2.0

Persiapan Sebelum Ke Sekolah

Kak shima dan en suben berkira-kira juga semasa nak beli baju sekolah untuk anak-anak tahun ini. Sebab tahun 2020, mereka berdua lebih banyak menghabiskan masa di rumah dari di sekolah disebabkan wabak covid-19. Jadinya untuk Aisyah , kami belikan :

  • 2 baju sekolah agama
  • 2 pasang baju sekolah kebangsaan
  • 2 pasang kasut
  • beg sekolah
Untuk si abang Shaamel, kami belikan :
  • 2 baju sekolah agama
  • 1 pasang kasut
Barang Keperluan Untuk Ke Sekolah
  • Botol air ( guna botol air masa taksa )
  • Alat tulis asas ( beli kongsi dengan abang )
  • Hand sanitizer
  • Pelitup muka
  • Tisu Basah

Hari Pertama Persekolahan

Alhamdulillah pagi² Aisyah mudah nak bangun, mudah pergi mandi dan boleh bersiap sendiri. Kak shima pula sediakan sarapan untuk abang Shaamel n Aisyah sebagai alas perut sebelum hantar Aisyah ke sekolah agama.

Pengalaman Anak  Masuk Darjah 1 Tahun 2021
Pengalaman Anak  Masuk Darjah 1 Tahun 2021

Dengan SOP yang menjadi norma baru, alhamdulillah Aisyah seronok ke sekolah. Dapat ramai kawan katanya. 

Moga wabak covid19 ini cepat berlalu pergi dan anak² kita dapat melalui zaman persekolahan mereka seperti kita dahulu.


Post a Comment

17 Comments

  1. Tahniah Nur Aisyah Safiyyah dah masuk darjah satu dah dia

    ReplyDelete
  2. sememangnya cikgu2 pun x sabar nak mengajar murid2 secara bersemuka ni. x best la mengajar dari rumah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah saya sebagai parent pun rasa x best belajar online ini. xde feel hehehe

      Delete
  3. Pengalaman baru sekolah lewat tahun 2021.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lambat mula sekolah tahun ini. Moga mereka boleh terus bersekolah hingga hujung tahun :)

      Delete
  4. Alhamdulillah anak mesti excited nak ke sekolah kan

    ReplyDelete
  5. waaa besar dah sia... darjah satu.. have fun in school ok :)

    ReplyDelete
  6. wah da besar ehh. gambar kat sidebar tepi niii kecik lagiii kan..hehe

    seronok laa dia da dpt sekola kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya gambar kat side bar ni masa umur 1 tahun lebih

      dia seronok ke sekolah cuma letih sikit hehehe

      Delete
  7. ingat masa ank sulong dulu he hee mak pun excited bila ank kali pertama darjah 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang mak yg terlebih excited anak nak masuk sekolah hahahaha

      Delete
  8. Dugaan anak anak nak masuk sekolah tahun ni. rasa lama sangat bercuti agaknya di rumah kan. Semoga mereka terus semangat belajar dan semoga norma baru ni berakhir dan kembali normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah diaorang pun boring dok lama kat rumah tak boleh jumpa kawan2

      Aamiin yra :)

      Delete
  9. semoga terus membesar sehat dan kuat., aminn

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)