Alhamdulillah kak shima telah menerima dos pertama vaksin covid19 pada 2 Mac 2021 aritu. Seramai 40 orang staf dari opis kak shima akan diberi suntikan dos pertama vaksin pada hari tersebut. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan :

  • Kumpulan 1 - temujanji 8.30pagi
  • Kumpulan 2 - temujanji 10.30pagi
  • Kumpulan 3 - temujanji 2.30petang
  • Kumpulan 4 - temujanji 4.30petang
Temujanji pukul 10.30 pagi. Kak shima jadi orang pertama dalam department kat opis yang ambil vaksin covid19. Debor pulak rasanya hehehe. Kebetulan 2hb Mac turn bekerja di pejabat, jadi pergi ke Fakulti Perubatan UITM di Hospital Sungai Buloh dengan kawan-kawan seopis.


Saya Telah Divaksin
Foyer Fakulti Perubatan UITM Hospital Sungai Buloh

Saya Telah Divaksin
Beratur sambil tunggu giliran untuk daftar

Saya Telah Divaksin
Pendaftaran Menggunakan Aplikasi My Sejahtera + kad pengenalan


" Saya Telah Divaksin "
Dap dup dap masa nak masuk Bilik Vaksinasi ini 

" Saya Telah Divaksin "
Borang Setuju Terima Vaksin Covid19

Pengalaman Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

Sebelum Mengambil Vaksin Covid19

Perasaan sebelum mengambil suntikan vaksin ini memang berdebar-debar. Al maklumlah pelbagai cerita mengenai vaksin ini. Namun sebagai usaha untuk mengelak dari wabak covid19 terus berpanjangan, ini salah satu usaha kerajaan dalam menangani wabak ini dan kak shima akur untuk turut serta mengambil vaksin ini.

Semasa Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

Kak shima perhati je jururawat yang akan cucuk kak shima hahaha. Tengok jarum yang akan dia guna. Jarum yang panjang @ pendek. Rupanya pendek aje. Dan kak shima tak terasa sakit pun masa kena cucuk itu. Tahu dah siap kena cucuk. Siap tanya lagi jururawat tu " Eh! Dah siap ke?". Dia kata " Dah puan" sambil tersenyum.

Sebelum keluar dari bilik, jangan lupa scan barcode vaksin. Ia mengandungi batch no dan tarikh luput vaksin yang kita ambil. Oh yea! Kak shima terima dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Selepas Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

" Saya Telah Divaksin "
" Saya Telah Divaksin "

Semua yang telah mengambil suntikan akan ditempatkan di satu tempat untuk jururawat monitor sebarang alahan selepas kita kena cucuk. Perlu duduk kat tempat itu sekurang-kurangnya 30 minit. Kalau takde apa2 masalah, dah boleh balik.

Selepas beberapa jam , boleh check apps My Sejahtera. Ianya akan dikemaskini yang kita telah menerima dos pertama vaksin covid19

Alhamdulillah kak shima tidak mengalami apa-apa masalah selepas ambil vaksin. Cuma bahu rasa sakit sikit 2-3 hari selepas itu. Boleh drive kereta pergi kerja. Boleh lakukan tugas harian seperti biasa. Alhamdulillah 

Jom ler kita sama-sama mengambil vaksin covid19. Semoga Program Imunisasi Kebangsaan Covid19 di negara kita dapat mengawal wabak ini dan seterusnya kita dapat menjalani hari-hari mendatang seperti sebelum ini.

Lindungi diri, lindungi semua 😊


Update : Kak shima telah terima 2nd dose vaksin covid19 pada 23hb Mac 2021 di Fakulti UITM Sungai Buloh juga. Cuma side efek lepas cucuk 2nd dose ini agak beza sikit dari yang 1st dose.

Malam hari lepas kena cucuk vaksin, kak shima rasa badan seram sejuk macam nak demam. Nak bangun sediakan makan malam untuk famili pun tak larat. 

Disebabkan taknak ianya melarat, kak shima ambil 2biji Vitamin C Shaklee sebelum masuk tidur.  Alhamdulillah esoknya bangun pagi badan terasa segar dan boleh pergi kerja macam biasa.