Assalamualaikum semua :)
Siapa di sini yang suka makan nasi berlauk masa sarapan pagi? Aisyah anak kak shima boleh dikatakan penggemar nasi berlauk. Hujung minggu menu sarapan pagi dia mesti nasi berlauk di Restoran D'Anjung Timur.
Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam |
Kedudukan restoran ini dekat aje dengan rumah kak shima. So, senanglah kalau Aisyah nak makan nasi berlauk setiap hari pun hehehe. Boleh ibunya gantung kuali :)
Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam |
Nasi berlauknya sedap. Sambalnya sedap dan ngam dengan gulai ayam itu. Ada hirisan timun juga pelengkap hidangan. Harganya pun berbaloi RM5
Selain nasi berlauk, restoran ini juga ada jual pelbagai menu orang kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, mihun & mee goreng, laksam serta banyak jenis kuih.
Dioarang juga menyediakan masakan nasi campur untuk makan tengah hari. Banyak menu yang boleh anda pilih. Semuanya sedap jugak :)
Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam |
Okay ini lokasi Restoran D'Anjung Timur. Boleh klik pada gambar untuk pautan di Google Maps
Restaurant D' Anjung Timur
013-308 3345
https://maps.app.goo.gl/rYbZPxVMgRb36YuT6
Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam |
Okay. Selamat menjamu selera buat anda yang suka nasi berlauk. Terima kasih :)
20 Comments
Teringat Shah Alam.. 3 tahun menuntut ilmu di sana.. Sana makanan banyak pilihan. ��
ReplyDeleteantara syurga makanan negara kita hehehe
Deletesedap... kalo kt sana mmg enjoy mkn je.. rindu nk fly... hehehe
ReplyDeleteInsyaAllah bila dah abis wabak ini, boleh bawak famili datang semenanjung :)
Deletemurahnya harga RM5 :)
ReplyDeletekan.boleh kenyang sampai tengah hari. jimat duit lunch hehehe
DeleteMurah tu harganya. Mana nk dpt harga skrg di bandar besar. Nasi berlauk best mkn waktu pg menaikkan selera
ReplyDeleteMurah kan. Kalau makan nasi berlauk waktu pagi, boleh kenyang sampai lunch hihihi
DeleteHehe ruby pun suka nasi berlauk mkn pagi².
ReplyDeleteKalau ada kaki ayam hahah sedapnyaa 🤣
Kita geng ruby!suka makan kaki ayam dalam gulai nasi berlauk ni hehehe :)
Deletewow! best tu ada kedai jual nasi berlauk di shah alam. dpt la mengubat kerinduan nasi berlauk di kg....
ReplyDeletehaah!boleh buat pengubat rindu masakan mak kat kg huhuhu
DeleteAlamak di Shah Alam.
ReplyDeleteMeh fly semenanjung 🥰
Deleteselamat menjamu selera. kalau sedap, boleh laa repeat lagi kan.
ReplyDeleteTerima kasih. Mmng repate sokmo. Kawan2 kat opis pun suka order 🥰
Deletesedapnya
ReplyDeleteSedap dik. Meh jalan² Shah Alam nnti boleh cuba 😊
Deletesedap nasik berlauk.. kite belajar makan masa kat terengganu hee :)
ReplyDeleteKita pun belajar makan masa time study kat Kelate 🥰
DeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)