Assalamualaikum semua :)

Siapa di sini yang suka makan nasi berlauk masa sarapan pagi? Aisyah anak kak shima boleh dikatakan penggemar nasi berlauk. Hujung minggu menu sarapan pagi dia mesti nasi berlauk di Restoran D'Anjung Timur. 

Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam
Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam

Kedudukan restoran ini dekat aje dengan rumah kak shima. So, senanglah kalau Aisyah nak makan nasi berlauk setiap hari pun hehehe. Boleh ibunya gantung kuali :)

Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam
Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam

Nasi berlauknya sedap. Sambalnya sedap dan ngam dengan gulai ayam itu. Ada hirisan timun juga pelengkap hidangan. Harganya pun berbaloi RM5

Selain nasi berlauk, restoran ini juga ada jual pelbagai menu orang kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, mihun & mee goreng, laksam serta banyak jenis kuih.

Dioarang juga menyediakan masakan nasi campur untuk makan tengah hari. Banyak menu yang boleh anda pilih. Semuanya sedap jugak :)


Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam
Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam

Okay ini lokasi Restoran D'Anjung Timur. Boleh klik pada gambar untuk pautan di Google Maps

Restaurant D' Anjung Timur
013-308 3345
https://maps.app.goo.gl/rYbZPxVMgRb36YuT6

Restaurant D' Anjung Timur 013-308 3345 https://maps.app.goo.gl/rYbZPxVMgRb36YuT6
Nasi Berlauk Sedap Di Batu Tiga Shah Alam

Okay. Selamat menjamu selera buat anda yang suka nasi berlauk. Terima kasih :)