Wednesday, 30 June 2021

Kencing Manis Semasa Hamil ( GDM ) : Apa Yang Anda Perlu Tahu ?


Kencing Manis Semasa Hamil ( GDM ) : Apa Yang Anda Perlu Tahu ?
Kencing Manis Semasa Hamil ( GDM ) : Apa Yang Anda Perlu Tahu ?

Kencing Manis Semasa Hamil ( GDM ) : Apa Yang Perlu Anda Tahu? | Kencing manis semasa hamil atau dalam bahasa perubatannya adalah Gestational Diabetes Melitus 
( GDM ) kini semakin membimbangkan di kalangan ibu hamil di Malaysia. Menurut statitik negara, lebih 8% ibu mengandung ada diabetes melitus semasa hamil pada tahun 2012.

GDM ini adalah keadaan di mana ada peningkatan ketara paras glukos dalam darah dan ianya hanya berlaku semasa hamil sedangkan  si ibu bukanlah seorang pesakit kencing manis sebelum itu.

Bacaan Paras Gula Untuk Ibu GDM

Kencing manis semasa hamil biasanya berlaku semasa trimester kedua dan doktor akan membuat ujian MGTT di antara minggu ke-24 dan ke-28. Jika anda berisiko tinggi, doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut.

mmol / L
Puasa 2 jam selepas makan
Normal< 5.1< 7.8
GDM>= 5.1>= 7.8
Garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) bagi mengukur paras glukos ibu hamil adalah: 
  • Semasa puasa , bacaan gula normal ibu hamil adalah bawah 5.1mmol/L
  • Selepas 2 jam makan, bacaan gula normal ibu hamil adalah kurang 7.8mmol/L
  • Bacaan gula lebih dari 7.8mmol/L selepas makan dikira GDM
Macam Mana Boleh Berlaku GDM ?

Kencing manis ( diabetes ) berlaku bila insulin yang dihasilkan oleh pankreas tidak mencukupi atau insulin tidak berfungsi secara optimum untuk menukarkan gula / glukos kepada tenaga.

Bagi pesakit GDM, kehadiran hormon yang dihasilkan oleh plasenta seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen menyebabkan berlakunya rintangan insulin sekaligus meningkatkan paras glukos dalam darah.

Biasanya keadaan ibu hamil akan kembali seperti biasa selepas melahirkan anak.

Siapa Yang Berisiko Alami GDM?

  • Wanita berumur > 25 tahun
  • Berat badan berlebihan (  80kg ke atas / BMI >30 )
  • Ada sejarah GDM pada kehamilan yang lepas
  • Pernah lahirkan bayi bersaiz besar >4kg
  • Air ketuban yang banyak
  • Ada jangkitan pada faraj dan kulit ketika kehamilan
  • Ada sejarah bayi mati dalam kandungan, 

Kesan GDM Pada Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Pada ibu :

  • Berisiko tinggi dapat pre-eclamsia ( tekanan darah tinggi )
  • Berisiko menjalani kelahiran melalui caesarean
  • Mungkin perlu bersalin awal
  • Terdedah pada jangkitan pada saluran kencing
  • Boleh dapat jangkitan kulat pada kulit
Pada bayi :
  • Saiz bayi besar
  • Kematian bayi dalam kandungan tinggi
  • Bermungkinan mengalami kecacatan saraf
  • Berisiko mengidap kencing manis
  • Berisiko ada masalah obesiti

Simptom-simptom 

  • Dahaga yang teramat
  • Letih lesu
  • Kerap buang air kecil
  • Loya dan muntah
  • Resah gelisah
Rawatan Yang Disyorkan

Paras glukos yang normal adalah penting semasa hamil . Doktor biasanya akan mengambil langkah-langkah yang berikut bagi memastikan ibu yang ada GDM dan bayi yang berada dalam kandungan sentiasa sihat.
  • Diet pemakanan yang sihat - kurangkan karbohidrat, makanan & minuman yang manis 
  • Aktiviti senaman - bergerak aktif juga bantu kekalkan berat badan
  • Pantau paras glukos darah dengan kerap ( 4kali - 6 kali sehari )
  • Pengambilan ubat oral & suntikan insulin dengan nasihat dari pakar perubatan
Setiap ibu hamil yang ada GDM dinasihatkan untuk menjaga kesihatan diri demi anak dalam kandungan termasuklah menjaga diet harian yang sihat dan buat senaman ringan.







  

6 comments:

  1. TErima kasih atas perkongsian ini. Sedikit sebanyak dapat ilmunya... Tapi ntah bila saya dapat peluang hamil ni.. Doakan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama². Moga Allah permudahkan urusan sis untuk timang cahaya mata :)

      Delete
  2. thanks for sharing, dapat tambah ilmu :)

    ReplyDelete
  3. Stay safe. Stay healthy..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

Penafian

#Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

#Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.