Tips Mengekalkan Jantung Yang Sihat |
Tanpa jantung yang sihat, darah tidak dapat dipam ke otak dan membekalkan nutrisi dan oksigen kepada sel-sel otak. Tanpa jantung yang berfungsi 24/7 tanpa henti, mana mungkin kita dapat menjalani hidup dengan penuh ceria dan bersemangat setiap hari.
Disebabkan itu, kita perlu memastikan jantung kita sentiasa sihat dan dapat berfungsi dengan baik.
Di sini kak shima kongsikan 9 Tip Mengekalkan Jantung Yang Sihat
9 Tip Mengekalkan Jantung Yang Sihat
1. Kawal diabetes
2. Amalkan diet sihat untuk jantung
Masukkan makanan yang rendah lemak tepu dan rendah kolesterol dalam diet harian. Jauhkan makanan jenis bergoreng dan daging merah yang banyak lemak. Ubah cara penyediaan makanan yang sihat seperti kukus dan panggang.
3. Kawal tekanan darah
4. Jangan merokok
5. Kawal berat badan
6. Bersenam selalu
Kajian mendapati senaman dapat mengurangkan 21 peratus risiko dapat penyakit jantung bagi lelaki dan wanita 29 peratus. Menurut Dr Shaiful Aizad Shafie, seorang Doktor Pelatih Pakar Rehabilitasi Dan Pemulihan , senaman terbukti menghasilkan pelbagai hormon baik untuk kesihatan. Antaranya hormon endorphin yang dikaitkan dengan perasaan gembira
Senaman intensiti sederhana dan intensiti berat terbukti memberi kesan positif kepada jantung.Ia dapat melancarkan peredaran darah daripada jantung ke seluruh badan, mengurangkan tekanan darah dan menguatkan otot jantung.
Berbasikal dan berjalan pantas ( brisk walk ) antara senaman intensiti sederhana manakala berlari @ jogging antara senaman intensiti berat yang boleh kita amalkan.
7. Sihat tanpa alkohol
Alkohol mempunyai kesan negatif terhadap jantung jika diambil secara berlebihan. Antaranya :
- Alkohol dapat meningkatkan tekanan darah menjadi lebih tinggi. Pada pesakit yang ada hipertensi ( tekanan darah tinggi ), ia dapat meningkatkan risiko kegagalan jantung atau strok
- Alkohol boleh mempengaruhi otot jantung dan meningkatkan risiko kardiomiopati ( keadaan di mana ada gangguan otot jantung dipaksa bekerja lebih keras )
- Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh mendorong kepada masalah obesiti yang akhirnya akan meningkatkan risiko penyakit jantung
- Alkohol boleh mencetuskan degupan jantung yang tidak tetap. Pada pesakit yang ada masalah gangguan irama jantung ( aritmia ), pengambilan alkohol boleh menyebabkan keadaan lebih teruk.
8. Bijak menangani stres
Stres yang keterlaluan boleh meningkatkan tekanan darah seterusnya boleh membebankan jantung kita. Boleh amalkan yoga atau meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan sekaligus mengurangkan stres.
9. Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Pakar perubatan menyarankan pemeriksaan kesihatan menyeluruh setiap 6 bulan. Ianya dapat membantu mereka dalam mengesan sebarang penyakit .
Percayalah, dengan perubahan yang kecil dalam kehidupan anda, ia bakal membawa kesan yang ketara pada tahap kesihatan.
Semoga perkongsiaan ini memberi manfaat kepada anda.
4 Comments
Tip-tip yang baik.. semoga sama-sama kita praktikkan.
ReplyDeletejom sesama amalkan untuk hidup yang lebih sihat :)
Deletesy makan melantak ja tupasal la berat nda pandai turun hahahaha
ReplyDeleteyang ini takleh nak tolong hahaha
DeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)