- Tahap 1 ( darjah 1 - 3 ) mula bersekolah pada 1 hb November 2021
- Setiap kelas akan di bahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B
- Kumpulan A PdPR di rumah, manakala Kumpulan B akan ke sekolah untuk PDP bersemuka. Boleh jumpa cikgu dan rakan-rakan hehehe
- Manakala Tahap 2 ( darjah 4 - 6 ) mula bersekolah pada 8hb November 2021.
- Juga dibahagi kepada 2 kumpulan dan ikut penggiliran kelas.
![]() |
Bila tanda di kalendar macam ini, senang nak faham |
Berikut adalah SOP terkini sesi persekolahan 2021 :
- Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan ( pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan )
- Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.
- Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.
- Murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai
- Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak dianggap sebagai satu kesalahan displin. Ibu bapa perlu menulis surat kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod
- Jika berlaku kes positif COVID 19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap terhadap tindakan selanjutnya.