6 Tips Hilangkan Jeragat

Jeragat adalah bintik-bintik coklat yang muncul pada kulit anda. Ianya terhasil akibat pengumpulan sel kulit yang ada melanin.

6 Tips Hilangkan Jeragat
6 Tips Hilangkan Jeragat

Sebenarnya jeragat ini ambil masa yang lama untuk merebak. Ianya bermula dengan tompokan yang kecil. Jika dibiarkan tanpa rawatan akan sebabkan jeragat penuh satu muka. 

Untuk pengetahuan korang, lapisan luar kulit kita ada 5 lapisan. Jeragat mula terjadi lapisan paling bawah ( lapisan ke 5 ) mula naik ke setiap lapsan demi lapisan ikut pembaharuan sel kulit kita.

Mula-mula ia naik dari lapisan ke 5 ke lapisan ke 4. Selepas itu ke lapisan ke 3 dan seterusnya. Sebab itulah kita nampak ada jeragat yang ketara dan ada jeragat yang hanya berwarna coklat pastel.

Kak shima kongsikan 6 tips untuk anda yang ada jeragat dan ingin hilangkannya.

1. Guna Pelindung Tabir Matahari ( Suncreen )

Penggunaan pelindung tabir matahari tidak menghilangkan jeragat yang ada tetapi ianya membantu mencegah jeragat baru tumbuh. Anda disaran menggunakan pelindung tabir matahari sepanjang masa siang dan malam.  

 Menurut Akademi Dermatologi Amerika :

  • Sunscreen mesti mempunyai SPF 30 atau lebih tinggi
  • Sapukan sunscreen pada kulit sekurang-kurangnya 30 minit sebelum keluar rumah
  • Boleh sapu semula sunscreen setiap 2jam atau selepas berenang atau banyak berpeluh selepas beraktiviti
Baca sini :

2. Rawatan Laser

Rawatan laser secara amnya selamat untuk menghilangkan jeragat. Hasil kajian yang dijalankan pada 2015 berjaya mencerahkan lebih 50% masalah jeragat yang dialami oleh 62 orang peserta.

Namun rawatan ini ada kesan sampingan lain seperti :

  • Gatal
  • Muka bengkak
  • Kulit kemerahan
  • Kulit mengelupas
  • Jangkitan kuman
  • Perubahan warna kulit
3. Krim Pemutihan

Krim ini boleh didapati dikaunter farmasi dengan preskripsi dari doktor. Kebanyakan krim mengandungi hydrokuinon , sejenis bahan kimia yang boleh menyekat pengeluaran melanin dan mencerahkan kulit yang gelap.

Namun krim ini boleh menyebabkan :
  • Keradangan kulit
  • Kulit kering
  • Kulit rasa panas ( burning )
  • Kulit melepuh
  • Perubahan warna kulit
4. Jaga Diet Harian

Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan tinggi kalori. Lebihkan makanan yang kaya dengan protein dan vitamin antioksidan. Supplemen juga boleh diambil bagi menampung lompong-lompong nutrisi yang tidak cukup dari pemakanan.

Baca info :

5. Pengelupasan Menggunakan Bahan Kimia ( Chemical Peel )

Untuk mengurangkan jeragat, rawatan kulit biasanya menggunakan pengelupas kimia yang mengandungi acid glycolic atau asid trikloroasetik yang dapat menembusi lapisan tengah kulit. Apabila kulit yang rosak dapat dikeluarkan, kulit baru akan dihasilkan.

Rawatan ini boleh sebabkan :
  • Kulit mengelupas
  • Kulit kemerah-merahan
  • Kegatalan pada kulit
  • Kulit bengkak
6. Bahan semulajadi

Terdapat beberapa bahan semulajadi yang biasa digunakan untuk hilangkan jeragat. Tiada bukti saintifik ianya dapat menghilangkan jeragat. Antaranya 
  • Jus lemon
  • Buttermilk
  • Yogurt
  • Bawang merah
Walaupun jeragat bukanlah penyakit yeng merbahaya namun bagi mereka yang menjaga penampilan, kehadirannya boleh buatkan rasa kurang keyakinan diri dan wajah nampak kusam. 

Jadi sebelum ianya melarat, rawatlah ia sebelum ia terus merebak :)


Post a Comment

12 Comments

  1. rawatan laser paling effective tapi harga dia scary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan laser memang agak coszy harganya. Sediakan RM je hehehe

      Delete
  2. kena jaga kulit drp dijangkiti jeragat. nanti x hensem plak. hehehe. apa2 pun produk Shaklee meme hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Org lelaki sekarang memang suka jaga penampilan 😊

      Delete
  3. Yang no 4 tu masih ssh nak kurang kan hehehe...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Kalau boleh nak jaga diet harian, amalan pemakan sihat yang kaya protein dan vitamin anti oksidan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² amie. Antioksidan dan protein penting untuk rawat jeragat dari dalam 😊

      Delete
  5. Baru tahu jeragat ni boleh merebak rupanya. sunscreen pakai siang je. malam kena pakai juga ye. tq untuk tips ni kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² fizah. Waktu malam boleh sapu krim malam lebih² lagi untuk mereka tidur dalam aircond 😊

      Delete
  6. Buat chemical peel tp x titikberatkan sunblock pun boleh dtgkan post peel hyperpigmentation ...

    done follow sini jadi orang ke 100 ..

    jemput singgah blog naniey n join segment bloglist www.naniey.com/2021/02/segmen-pencarian-bloglist-2021-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih naniey atas ilmu pagi ini.

      terima kasih juga sudi singgah n follow blog nie :)

      InsyaAllah nnti kita join yea :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)