Saturday, 9 January 2021

Vitamin C Untuk Tingkatkan Sistem Antibodi

Kes Covid 19 di Malaysia tidak nampak trend penurunan lagi. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus melaporkan kes baru  4 angka. Keadaan ini agak merisaukan kita semua :(

Satu-satunya senjata ampuh mampu melindungi diri kita semua sekarang adalah sistem antibodi kita sendiri. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin C, A dan D diperlukan untuk meningkatkan sistem antibodi badan kita.

Vitamin C merupakan komponen penting dalam sistem antibodi. Vitamin C yang cukup dalam badan akan bantu tingkatkan sistem antibodi seterusnya dapat menghindari kita dari serangan virus dan bakteria.

Vitamin C Untuk Tingkatkan Sistem Antibodi
Vitamin C Untuk Tingkatkan Sistem Antibodi


Kebaikan Vitamin C Untuk Tingkatkan Sistem Antibodi :

  • Vitamin C bertindak menstimulasi sistem antibodi badan untuk melawan virus-virus asing yang ingin masuk ke dalam tubuh
  • Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi tubuh dari serangan radikal bebas
  • Vitamin C menyokong pengeluaran interferon. Interferon ini umpama anggota tentera yang sentiasa bersiapsiaga menghalang kehadiran patogen.
  • Vitamin C membantu pertumbuhan dan membaiki tisu-tisu badan yang rosak
  • Vitamin C dapat melindungi tubuh daripada kerosakan sel yang disebabkan dari pencemaran alam sekitar, stress,merokok dan diet harian yang tidak seimbang
  • Vitamin C membantu dalam percepatkan penyembuhan luka, memperbaiki rawan,tulang dan gigi

Banyak sumber vitamin c dari buah dan sayur-sayuran. Bagi kak shima, kak shima ambil juga supplemen vitamin c untuk mencukupkan keperluannya sebagai usaha kak shima tingkatkan sistem antibodi sendiri di masa wabak ini.


4 comments:

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

Penafian

#Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

#Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.