Tuesday, 30 March 2021

Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

 Segmen 24Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2021 di MiaLiana.com bermula pada 11.00 pagi 30/3/2021 sehingga 11.00 pagi 31/3/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2021.

** jom support Mia Liana....

Continue Reading

Monday, 29 March 2021

Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik
Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik | Protein merupakan makronutrien yang memainkan peranan besar dalam sistem tubuh kita. Ianya diumpamakan seperti batu-bata yang membina sebuah rumah. Ia sangat penting dalam pertumbuhan , penyelenggaraan dan pembaikan tisu tubuh termasuk kulit, organ terbesar tubuh kita

Kebaikan Protein Untuk Kulit :

  • Protein mengandungi 2 asid amino iaitu L-lisin dan L-prolin yang menyokong penghasilan kolagen dalam badan. Kolagen penting  untuk kulit yang anjal dan melindungi kulit dari bahaya sinar uv yang boleh menyebabkan penuaan pra-matang
  • Protein penting dalam penghasilan , pertumbuhan  serta perkembangan sel-sel kulit yang baru.

ESP Shaklee atau Energizing Soy Protein adalah minuman yang lazat dan kaya dengan nutrisi protein berasaskan tumbuhan. Ia menggalakkan pembaharuan sel kulit pada kadar optimum agar dapat mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.

Jadi dengan mengamalkan minum ESP Shaklee setiap hari , ianya dapat membantu :-

Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik
Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

1. Kulit Jadi Lembap
  • Membantu mengekalkan air dalam sel kulit, memastikan penghidratan dan kelembapan kulit yang optimum
  • Merangsang pengeluaran asid hyluranik untuk mengikat dan mengekalkan air dalamsel-sel kulit.
2. Kulit Tampak Lebih Muda
  • Menambah baik penampilan keseluruhan kulit dengan mencegah proses penguraian kolagen dan elastin
3. Kulit Yang Licin Dan Tona Kulit Lebih Sekata
  • Mencerahkan pigmentasi kulit untuk kulit yang cantik, berseri

Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit 

Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik
Testimoni ESP Shaklee - Parut Berkurang Wajah Berseri

Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik
Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit - Kulit Makin Cerah

Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik
Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit - Jerawat Berkurang


Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik
Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit - Tona Kulit Sekata

Kebaikan Protein ESP Shaklee Untuk Kulit Sihat Dan Cantik
Testimoni ESP Shaklee Untuk Kulit - Parut Jerawat Makin Pudar


Ingin cuba protein ESP Shaklee ini ? Atau ingin dapatkan produk Shaklee yang lain atau sebarang pertanyaan mengenai Shaklee ? Boleh hubungi kak shima di 012-2043175 atau klik sahaja ikon whatsapp di sebelah kiri blog :)

Untuk dapatkan lebih penjimatan, boleh mendaftar sebagai ahli dengan  klik di sini untuk cara daftar ahli Shaklee.








 

Continue Reading

Tuesday, 23 March 2021

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate

Basic H dari Shaklee antara produk yang boleh digunakan untuk menolong menyelesaikan pelbagai masalah di rumah , di tempat kerja atau  di mana juga anda berada.

Kaedah Mencuci Secara Semulajadi Tanpa Racun ( 473ml )

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate
Pencuci serbaguna Shaklee - Basic H

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sangat selamat digunakan dan dilengkapi dengan kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata.

Ia berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril dan 1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa magiknya pencuci ini.


Basic H Organic Super Cleaning Concentrate
Pencuci serbaguna Shaklee - Basic H

Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah :)
  • Ultra pekat : 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci yang berkuasa tinggi
  • Pencuci serba guna : menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal Basic H2 - hanya gunakan separuh.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate
Pencuci serbaguna Shaklee - Basic H

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci - Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot ( jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta )


Tahukah anda ?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu kesimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine , sejenis toksin berbahaya boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate
Pencuci serbaguna Shaklee - Basic H


Kelebihan Basic H2 Shaklee

1. Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan
  • Tanpa klorin - sesuai untuk orang yang ada alergik
  • pH seimbang
2. Berkuasa
  • Sangat pekat
  • Berkesan pada gris

3. Mesra Alam
  • Semula jadi
  • Sumber bahan yang mampan
  • Surfaktan yang terbiodegradasi
  • Tiada fosfat


1 botol Basic H2 473ml
RM48.75

Jom jadi ahli Shaklee untuk lebih penjimatan. Klik sini untuk Cara Jadi Ahli Shaklee.

Ingin dapatkan produk Shaklee yang lain atau sebarang pertanyaan mengenai Shaklee ? Boleh hubungi kak shima di 0122043175 atau klik sahaja ikon whatsapp di sebelah kiri blog :)

















Continue Reading

Wednesday, 17 March 2021

" Saya Telah Divaksin "

Alhamdulillah kak shima telah menerima dos pertama vaksin covid19 pada 2 Mac 2021 aritu. Seramai 40 orang staf dari opis kak shima akan diberi suntikan dos pertama vaksin pada hari tersebut. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan :

  • Kumpulan 1 - temujanji 8.30pagi
  • Kumpulan 2 - temujanji 10.30pagi
  • Kumpulan 3 - temujanji 2.30petang
  • Kumpulan 4 - temujanji 4.30petang
Temujanji pukul 10.30 pagi. Kak shima jadi orang pertama dalam department kat opis yang ambil vaksin covid19. Debor pulak rasanya hehehe. Kebetulan 2hb Mac turn bekerja di pejabat, jadi pergi ke Fakulti Perubatan UITM di Hospital Sungai Buloh dengan kawan-kawan seopis.


Saya Telah Divaksin
Foyer Fakulti Perubatan UITM Hospital Sungai Buloh

Saya Telah Divaksin
Beratur sambil tunggu giliran untuk daftar

Saya Telah Divaksin
Pendaftaran Menggunakan Aplikasi My Sejahtera + kad pengenalan


" Saya Telah Divaksin "
Dap dup dap masa nak masuk Bilik Vaksinasi ini 

" Saya Telah Divaksin "
Borang Setuju Terima Vaksin Covid19

Pengalaman Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

Sebelum Mengambil Vaksin Covid19

Perasaan sebelum mengambil suntikan vaksin ini memang berdebar-debar. Al maklumlah pelbagai cerita mengenai vaksin ini. Namun sebagai usaha untuk mengelak dari wabak covid19 terus berpanjangan, ini salah satu usaha kerajaan dalam menangani wabak ini dan kak shima akur untuk turut serta mengambil vaksin ini.

Semasa Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

Kak shima perhati je jururawat yang akan cucuk kak shima hahaha. Tengok jarum yang akan dia guna. Jarum yang panjang @ pendek. Rupanya pendek aje. Dan kak shima tak terasa sakit pun masa kena cucuk itu. Tahu dah siap kena cucuk. Siap tanya lagi jururawat tu " Eh! Dah siap ke?". Dia kata " Dah puan" sambil tersenyum.

Sebelum keluar dari bilik, jangan lupa scan barcode vaksin. Ia mengandungi batch no dan tarikh luput vaksin yang kita ambil. Oh yea! Kak shima terima dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Selepas Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

" Saya Telah Divaksin "
" Saya Telah Divaksin "

Semua yang telah mengambil suntikan akan ditempatkan di satu tempat untuk jururawat monitor sebarang alahan selepas kita kena cucuk. Perlu duduk kat tempat itu sekurang-kurangnya 30 minit. Kalau takde apa2 masalah, dah boleh balik.

Selepas beberapa jam , boleh check apps My Sejahtera. Ianya akan dikemaskini yang kita telah menerima dos pertama vaksin covid19

Alhamdulillah kak shima tidak mengalami apa-apa masalah selepas ambil vaksin. Cuma bahu rasa sakit sikit 2-3 hari selepas itu. Boleh drive kereta pergi kerja. Boleh lakukan tugas harian seperti biasa. Alhamdulillah 

Jom ler kita sama-sama mengambil vaksin covid19. Semoga Program Imunisasi Kebangsaan Covid19 di negara kita dapat mengawal wabak ini dan seterusnya kita dapat menjalani hari-hari mendatang seperti sebelum ini.

Lindungi diri, lindungi semua 😊


Update : Kak shima telah terima 2nd dose vaksin covid19 pada 23hb Mac 2021 di Fakulti UITM Sungai Buloh juga. Cuma side efek lepas cucuk 2nd dose ini agak beza sikit dari yang 1st dose.

Malam hari lepas kena cucuk vaksin, kak shima rasa badan seram sejuk macam nak demam. Nak bangun sediakan makan malam untuk famili pun tak larat. 

Disebabkan taknak ianya melarat, kak shima ambil 2biji Vitamin C Shaklee sebelum masuk tidur.  Alhamdulillah esoknya bangun pagi badan terasa segar dan boleh pergi kerja macam biasa.










Continue Reading

Monday, 15 March 2021

Promosi Shaklee Mac 2021

Promosi ESP antara yang ditunggu oleh peminatnya. Selain dapat harga lebih murah, promosi Mac ini didatangkan sekali dengan shaker dari Shaklee yang smart dan menarik untuk dimilikki hehehe

Sesuai pulak dengan masa sebab ramai yang suka amalkan ESP semasa bulan Ramadhan. Lebih bertenaga dan tak melepek kata mereka.

Di samping promosi ESP, Shaklee juga menawarkan 11 set kesihatan yang jimat untuk anda grab :) 

Promosi Shaklee Mac 2021

Promosi Shaklee Mac 2021
Promosi Shaklee Mac 2021


Dengan setiap pembelian 4 tong ESP, anda bakal dapat :
✅ FREE Shaker Limited Edition
✅ FREE Membership
✅ FREE Postage

Baca juga :



Shaker Shaklee Limited Edition

Senarai Promosi Healthy Set Mac 2021

Promosi Shaklee Mac 2021
Promosi Shaklee Mac 2021

1. Promosi New Beginning Set

New Beginning Set ini sesuai untuk ibu hamil. Di dalam set ini ada :

  • Vit B Compleks
  • Vitamin C
  • ESP
  • Ostematrix
  • Omega guard
  • Vitalea Iron

Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :

✅FREE Membership RM35
✅FREE Postage RM10
✅FREE Shaklee Leaves Bag 

Baca juga :


Promosi Shaklee Mac 2021
Promosi Shaklee Mac 2021

2. Promosi Joyful Journey Set

Manakala Joyful Journey Set pula didedikasikan untuk ibu yang baru lepas bersalin. Di dalam set ini ada :
  • Vit B Compleks
  • Vitamin C
  • ESP
  • Ostematrix
  • Omega guard
  • Vitalea Iron
  • Alfafa Compleks ( S )

Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :

✅FREE Membership RM35
✅FREE Postage RM10
✅FREE Shaklee Leaves Bag 

Promosi Shaklee Mac 2021
Promosi Shaklee Mac 2021

3. Promosi Youth Starter Set

Dalam set ini ada :
  • Youth Cleanser
  • Youth Toner
  • Youth Age Defense Moisturiser SPF 50
  • Youth Advanced Renewal Night Cream
Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :
✅ FREE Membership RM35
✅ FREE Postage RM10
✅ FREE Shaklee Leaves Bag 

Dapat Cash Back RM31

Baca juga :




Promosi Shaklee Mac 2021
Promosi Shaklee Mac 2021

4. Promosi Beyond Wellness Set

Dalam set ini ada :
  • Vitamin C
  • ESP
  • Nutriferon
  • Carotomax
Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :
✅ FREE Membership RM35
✅ FREE Postage RM10
✅ FREE Shaklee Leaves Bag 

5. Promosi Best Seller Set

Dalam set ini ada :
  • Vit B Compleks
  • Vitamin C
  • ESP
  • Omega Guard
  • Ostematrik
Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :
✅ FREE Membership RM35
✅ FREE Postage RM10
✅ FREE Shaklee Leaves Bag 

Promosi Shaklee Mac 2021
Promosi Shaklee Mac 2021

6. Promosi Energy For Life Set

Dalam set ini ada :
  • 2 botol Vivix
7. Promosi Active Your Life Set

Dalam set ini ada :
  • 2 botol ResV
Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :
✅ FREE Membership RM35
✅ FREE Postage RM10
✅ FREE Shaklee Leaves Bag 

Cash Back RM35 ( Twin Vivix ) & RM37 ( Twin ResV )

Promosi Shaklee Mac 2021
Promosi Shaklee Mac 2021
8. Promosi ResV-Vix Set

Dalam set ini ada :
  • 1 botol ResV
  • 1 botol Vivix
Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :
✅ FREE Membership RM35
✅ FREE Postage RM10
✅ FREE Shaklee Leaves Bag 
Payung Resv-VivixExclusive ( while stocks last )

Cash Back RM38

Promosi Shaklee Mac 2021
Promosi Shaklee Mac 2021

9. Promosi Healthy Radiance Set

Dalam set ini ada :
  • Collagen Plus
  • Vitamin C
  • ESP
  • Vitamin B Compleks
Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :
✅ FREE Membership RM35
✅ FREE Postage RM10
✅ FREE Shaklee Leaves Bag

Promosi Shaklee Mac 2021
Promosi Shaklee Mac 2021

10. Promosi Jom Detox Set - Vanilla 

Dalam set Jom Detox Vanilla ada :
  • DTX Compleks
  • Herblax
  • Cinch Vanilla
  • Alfafa Compleks
Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :
✅ FREE Membership RM35
✅ FREE Postage RM10
✅ FREE Shaklee Leaves Bag 

11. Promosi Jom Vivix Vanilla

Manakala dalam set Jom Vivix Vanilla ada :
  • Vivix
  • Cinch Vanilla
Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat :
✅ FREE Membership RM35
✅ FREE Postage RM10
✅ FREE Shaklee Leaves Bag 


Jadi, yang mana satu set promosi yang jadi pilihan anda? 

Boleh pilih sendiri set promosi yang diingini dan ketahui cara jadi ahli dengan klik sini untuk nikmati FREE MEMBERSHIP Set Promosi. Atau boleh juga wasap di sini untuk kak shima bantu pendaftaran ahli anda 

Ingin dapatkan produk Shaklee yang lain atau sebarang pertanyaan mengenai Shaklee ? Boleh hubungi kak shima di 0122043175 atau klik sahaja ikon whatsapp di sebelah kiri blog :)
 






Continue Reading

Thursday, 11 March 2021

Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat

Jerawat antara masalah yang sering dihadapi oleh kita semua. Dan vitamin yang selalu dikaitkan dapat membantu menyelesaikan masalah ini adalah Vitamin C.


Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat
Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat


Vitamin C antara top seller di Shaklee. Ramai yang sukakannya sebab dengan pengambilan konsisten Vitamin C Shaklee, ia membantu menyelesaikan masalah jerawat.

Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat
Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat

"Sejak saya amalkan Vita C Shaklee, kulit saya semakin baik. Jerawat jarang tumbuh dan tona makin sekata. Bonus pulak sistem imun semakin kuat. Kalau tak sebelum ini mesti mudah demam dan selsema. Alhamdulillah. " - Puan Irahartatik

Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat
Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat

" Sejak mengamalkan vitamin c, jerawat dah malu nak naik kat muka saya. Masalah resdung saya juga selesai. Dah lupa bila last demam kalau tak setiap bulan wajib ke klinik sebab demam, selsema. Seafood pun dah boleh dinikmati dengan tenang tanpa risau" - Engku Shazatty
Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat
Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat

" Nana rajin buat mask Vita C memang tak tinggal lansung sampai sekarang. Nana ambil 2 biji pagi 2 biji malam. Muka Nana senang naik allergic yang jenis berdarah tu sakit dengan jerawat batu tak ada mata lagi. Nana tepek mask Vita C tu dekat kawasan teruk, 15 hari dah nampak kering & follow up 3 bulan fuhh hilang semua " - Hayana

Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat
Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat

" Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee jerawat batu dah pergi jauh-jauh. Bila datang pun cepat je hilang. Jerawat tak sempat nak membesar macam dulu dan terus hilang. Terima kasih Vita C Shaklee " - Nurul Fatihah


Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat
Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat

" Selepas bersalin kulit muka Faz makin kering & kusam. Faz ambil keputusan untuk consume Vita C Shaklee secara konsisten. Alhamdulillah sekarang ni suami beritahu " Sayang, B nampak ada perubahan kat kulit sayang & sayang makin ceria bertenaga." Kulit muka makin cerah, badan pun sihat bertenaga tak lesu macam dulu-dulu " - Nur Fazira


Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat
Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Jerawat

" Alhamdulillah sejak amalkan Vita C shaklee, dah tak ada drama bersin, gatal mata, hidung tak selesa pagi-pagi. Resdung pun makin ok. Bonusnya, parut jerawat dah makin pudar! Kaki selfie macam saya tak perlu lagi pakai filter. Barulah self-esteem tu tinggi. Alhamdulillah." - Noor Aida.

Ingin cuba Vitamin C Shaklee ini ? Atau ingin dapatkan produk Shaklee yang lain atau sebarang pertanyaan mengenai Shaklee ? Boleh hubungi kak shima di 012-2043175 atau klik sahaja ikon whatsapp di sebelah kiri blog :)

Untuk dapatkan lebih penjimatan, boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya RM35,  klik di sini untuk cara daftar ahli Shaklee.
 











Continue Reading

Tuesday, 9 March 2021

56 Soalan Mengenai ESP


56 Soalan Mengenai ESP
56 Soalan Mengenai ESP


1. Apakah yang dimaksudkan Soya Non-GMO?
Soya Non-GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Erti kata bahawa kacang soya ESP adalah bahan organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna.


2. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekulnya. Akan tetapi, tindak balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.


3. Bagaimana soya ESP berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan


4. Bagaimana soya ESP boleh bantu wanita yang ingin hamil?
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi dan sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat ( seperti hormon untuk kesuburan & sel-sel sistem pembiakan )


5. Soya tidak elok untuk lelaki. Adakah ia fakta atau auta?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki

6. Bagaimana nak kenal pasti customer yang alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik soya? Selepas pembelian baru tau yang dia alergik soya 
Sebaliknya buat pemeriksaan di klinik/hospital untuk mengesan alergik kepada sesuatu makanan

7. Dari segi perbidanan Melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dalam kekacang. Betul ke?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang


8. Berapa sudu yang sepatutnya di ambil dalam sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu sehari? Kalau melebihi kuantiti ESP yang diambil, adakah ia memudaratkan?
Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14gram bagi 1 hidangan. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari. Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.


9. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan kenapa ada yang ambil boleh kurus?
Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplemen berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengalaman supplemen tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, kita perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.


10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?
Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi, 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam ( pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal )


11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen Shaklee yang lain ?
Boleh, tiada masalah.


12. Ada mitos kata soya tak bagus untuk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif.
Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan malah banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.


13. Soya tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser ( makanan sel kanser ). Betulkah?
Soya dari sumber Non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam.


14. Bolehkah ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang menjalani dialisis?
Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu


15. Adakah ESP penyebab bayi ruam?
Tidak


16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah? Jika ibu hamil mengambil ESP, adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?
Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan untuk ibu hamil mengambil Ostematrix bagi menampung keperluan kalsium.


17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil supplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.

18. Bolehkah ibu yang menyusu anak g6pd ambil ESP dalam tempoh menyusu itu? Ada kesan sampingan pada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan , kecuali di bawah kebenaran doktor


19. Orang gout boleh ambil ESP tak?
Boleh


20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah akan bertambah atau sebaliknya?
Bergantung pada pemakanan ibu dan anak.


21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?
ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempengaruhi berat badan.



22. Bagaimana cara makan ESP yang betul untuk elak berat badan naik?
Rujuk jawapan 10



23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran?
Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon


24. Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan atau apabila dah tak ambil?
Tidak. Boleh rujuk jawapan 9


25. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan kulit?
ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat dan sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit seperti kulit putih dan gebu.

Ini adalah kerana sumber protein yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan lengkap dengan kandungan asid amino. Protein diperlukan dalam membina sel-sel kulit yang baru. Jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat,pengambilan protein yang berkualiti tinggi adalah penting.


26. Kanak-kanak boleh consume ESP tak? Dan kalau boleh berapa sukatan yang sesuai untuk kanak?
Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Mealshake


27. Berapa sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabetes?
Pengambilan seperti biasa. 1- 2 kali sehari.


28. Apakah bukti yang soya ESP adalah non-gmo?
ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program ( IPP ) di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-gmo


29. Pengambilan ESP dikatakan bantu kenyang lebih lama tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada kesilapan dalam pengambilan?
Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14g protein ( 105 kcal ). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza. Sekitar 5 - 9g setiap jam. Jadi dalam 3 - 4jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dengan ESP.


30.ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. Kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium?
Ya, betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.


31. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita yang menopause?
Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormon estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.


32. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil still boleh consume ke?
Disarankan untuk tidak minum selepas expiry date.


33. ESP salah satu produk dicadangkan bagi ibu menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan naik. Bagaimana pengambilan yang betul untuk kurus?
Rujuk jawapan no.9


34. Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah? Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?
Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan untuk orang berdarah B.


35. Bagimana ESP mengekalkan kesegaran?Contoh banyak ESP produced on 2014 tapi expired lama sehingga 2016. Ada certain ESP bau pun kadang2 lain dah. Kadang-kadang customer tanya kenapa bau ESP tak sama untuk semua canister? Mohon pencerahan
Ini kerana pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakanair untuk dibasuh, jadi ia dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca /iklim penuaian soya pada ketika itu.

36. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh pesakit cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
Soya bukan penyebab kepada penyakit cyst tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa supplemen



37. Macam mana pula fungsi ESP untuk naikkan berat badan dan untuk turunkan berat badan? Adakah berbeza cara pengambilan ESP atau macam mana?
Perlu faham konsep pengambilan ESP. Rujuk jawapan soalan no.9 dan no.10


38. Ibu yang tiada eczema masih menyusukan bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul ke?
Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai alergik kepada soya. Tetapi kebarangkalian adalah rendah.


39. Adakah ESP mengandungi soy isoflavon yang boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki        ( testosterone ) dalam badan wanita?
Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.


40. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?
Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan oleh faktor pengambilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.


41. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?
Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh oleh pesakit tertentu, bagaimanapun sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang mengidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.


42. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil, ibu menyusu, yang nak kurus dan yang nak jaga kesihatan?
Disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.


43. Adakah kegatalan badan selepas consume ESP dianggap healing crisis? Atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasanya healing krisis untuk pengguna ESP?
Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air. Sebaiknya buat pemeriksaan untuk lihat tahap alergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosong secukupnya setiap hari.


44. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?
ESP bukan ubat tapi supplemen. Ia bertindak untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat. Selain itu, boleh ambil Vitamin C, E dan Collagen Plus untuk kulit


45. Kenapa ada ESP berasa pahit? Belum expired pun
ESP tidak pahit. Sila laporkan kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan


46. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit dan demam panas?
Bergantung pada individu. Tiada masalah setakat ini sejak SEP dikenalkan sejak 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk dapatkan rawatan dari doktor


47. Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi?
Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.



48. Bagaimana ESP membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita?
ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormon , secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.



49. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?
Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.



50. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?
Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul dan cukupkan pengambilan air kosong.


51.Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, ada cara minum yang sesuai tak?
MinumESP dengan mencampurkan minuman lain seperti jus buah-buahan.


52. Protein dikatakan penggalak kanser.Bolehkah pesakit kanser minum ESP?
Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan supplemen.


53. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?
Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisisnya.Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahapkesihatan setiap orang. 


54. Abang sama ada asthma. Ambil ESP terus trigger asthma.
Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga. Sila buat pemeriksaan kepada doktor dahulu.


55. Kenapa ESP mesti dibancuh dengan air sejuk atau air suam? Tidak dengan air panas?
Protein akan musnah jika dibancuh dengan air yang suhunya melebihi 40° celcius. Jadi,penting ESP dibancuh dengan air sejuk atau air suam untuk memelihara protein dan khasiatnya.


56. Bolehkah pengidap diabetes mengambil ESP?
Boleh kerana kandungan Glisemik Indeks ( GI ) adalah rendah iaitu 39. Kadar GI yang rendah bertindak memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glucos ke dalam sistem badan. Tetapi adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih  dahulu.


Untuk lebih jimat, boleh jadi ahli dan beli pada harga ahli.Klik sini untuk Cara Jadi Ahli Shaklee

Atau ingin dapatkan produk Shaklee yang lain atau sebarang pertanyaan mengenai Shaklee ? Boleh hubungi kak shima di 012-2043175 atau klik sahaja ikon whatsapp di sebelah kiri blog :)




Continue Reading

Penafian

#Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

#Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.