Tarikh Buka Sekolah Selepas PKP 3.0

Tarikh Buka Sekolah Selepas PKP 3.0


Tarikh Buka Sekolah Selepas PKP 3.0 | Kelmarin sekolah anak kak shima adakan taklimat untuk ibu bapa mengenai Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah 3.0. Ramai juga ibu bapa yang join. Masing-masing excited anak-anak nak kembali bersekolah.

Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah 3.0

Tarikh Buka Sekolah Selepas PKP 3.0

Semasa taklimat Pembukaan Semula Sekolah 3.0 oleh Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin pada 12 September, sekolah akan dibuka 2 minggu selepas sesebuah negeri itu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara ( PPN ).

Since Selangor masuk Fasa 4 mulai 18 Oktober 2021, jadi sekolah akan mula dibuka secara penggiliran pada 1 November 2021
  • Tahap 1 ( darjah 1 - 3 ) mula bersekolah pada 1 hb November 2021
  • Setiap kelas akan di bahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B
  • Kumpulan A PdPR di rumah, manakala Kumpulan B akan ke sekolah untuk PDP bersemuka. Boleh jumpa cikgu dan rakan-rakan hehehe
  • Manakala Tahap 2 ( darjah 4 - 6 ) mula bersekolah pada 8hb November 2021. 
  • Juga dibahagi kepada 2 kumpulan dan ikut penggiliran kelas.

Tarikh Buka Sekolah Selepas PKP 3.0
Bila tanda di kalendar macam ini, senang nak faham 

SOP Sesi Persekolahan 2021

Berikut adalah SOP terkini sesi persekolahan 2021 :

  • Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan ( pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan ) 
  • Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.
  • Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.
  • Murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai
  • Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak dianggap sebagai satu kesalahan displin. Ibu bapa perlu menulis surat kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod
  • Jika berlaku kes positif COVID 19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap terhadap tindakan selanjutnya.
Pandangan Dari Kaca Mata Seorang Ibu

Alhamdulillah anak-anak dah boleh belajar secara bersemuka. Dah lama berPdPR sejak Jun aritu, buatkan anak-anak dah kurang bersemangat nak join kelas ' google meet '. 

Moga dengan pembukaan sekolah ini, anak-anak akan lebih ceria dan happy dapat jumpa rakan-rakan sekelas :)





Post a Comment

3 Comments

  1. selamat kembali ke sekolah dan semoga semuanya baik2 sahaja.. aamiin

    ReplyDelete
  2. Harap2 takde masalah sekolah bersemuka ni nanti

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian, dah mula tengok-tengok buku dikumpul untuk dikembalikkan. Salam Jummat.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)