Thursday, 20 February 2020

Kenali Punca Serangan Sakit Jantung Dan Cara Mengatasinya





Kelmarin kita dikejutkan dengan pemergian aktor Ashraf Sinclair akibat serangan sakit jantung. Ianya  berita yang mengejutkan semua kerana beliau dikenali sebagai seorang yang mementingkan kesihatan, selalu pergi gym malah pernah melakonkan iklan biskut untuk diet bersama isterinya Bunga Cinta Lestari.

Apa itu Serangan Sakit Jantung?

Serangan sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.



Punca Serangan Sakit Jantung
  • Penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi
  • Gaya hidup kurang sihat seperti merokok dan vaping
  • Kurang bersenam
  • Keturunan
  • Tekanan @ stress

Tips Untuk Elak Serangan Sakit Jantung

Menurut Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Mohd Kamal Mohd Arshad, serangan sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa tidak kira umur dan jantina. Antara tips yang boleh diamalkan untuk elak serangan sakit jantung :-
  • Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap tahun terutamanya individu yang berusia 30 tahun ke atas
  • Amalkan diet sihat termasuk mengurangkan garam, gula, lemak dan makan secara bersederhana
  • Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu

Oleh itu, sayangilah jantung kita dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa aktif.



Continue Reading

Tuesday, 18 February 2020

Wanted: A New Blog List for March-July 2020





Assalamualaikum semua. Kak shima join segmen teman-teman blogger tanda support. 

Anis minta share makanan kegemaran memasing.Makanan kegemaran? Semua kak shima suka makan hehe . Tapi yang paling kak shima suka makan adalah laksa. Tak kiralah laksa penang ke, laksa kedah ke, laksa johor ke insyaAllah semua boleh masuk tekak kak shima hehehe :)



Sapa nak join segmen bloglist ini, boleh klik pada banner yea :)
Continue Reading

Monday, 17 February 2020

Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Kulit Cantik


Vitamin C dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Bila sebut Vitamin C , kita semua mengakui ianya banyak manfaatnya pada kulit  terutamanya bagi mereka yang inginkan kulit yang sihat dan cantik.

Jom kita tengok Testimoni Vitamin C Shaklee Untuk Kulit Cantik.

1. Vitamin C buatkan jerawat cepat kecut dan parut semakin pudar



" Saya suka Vita C sebab sebotol tahan 6 bulan. 2 in 1 boleh buat masker dan banyak membantu masalah kulit Maz. Jerawat cepat kecut dan parut cepat pudar". Puan Mazni

2. Vitamin C buatkan badan semakin sihat dan kulit semakin sihat


" Dulu selalu batuk, flu, deamam, selsema. Sekarang dah macam hilang. Kalau bersin, terus telan dan hilang. Bersin tu lupa singgah. Saya juga sukakan kecantikan dan Vita C Shaklee memang pilihan yang tepat buat saya sejak dulu lagi". Puan Nurul Syima Sahari

3. Vitamin C untuk kesihatan keseluruhan dan kulit semakin sihat


" Saya menikmati kesihatan yang lebih baik untuk membahagiakan orang tersayang. kulit saya juga semakin sihat". Puan Aisyah Mahdi

4. Vitamin C buatkan gusi tak berdarah dan jerawat tiada lagi


" Saya suka Vita C sebab saya ada masalah gusi berdarah. Kalu skip, memang bila berus gigi, gusi berdarah. Jerawat pun tak mai'. Puan Syikin Zahir

5. Vitamin C buatkan kulit semakin glowing


" Vita C banyak bantu masalah saya seperti kulit berjerawat dan berminyak. Juga saya amat perlukan Vita C sebab menguatkan antibodi saya. Dulu kulit saya kusam. Sekarang dah nampak glowing sikit. Pakai pulak skincare YOUTH, memang terbaik". Puan Izni Malek

6. Testimoni Vitamin C buatkan kulit semakin berseri dan imun meningkat



" Sejak saya amalkan Vita C, masalah kulit semakin baik. Tona kulit semakin sekata, kulit dah tak berminyak dan dah tak kusam. Kulit saya semakin berseri. Bonus pulak sistem imun saya semakin kuat. Kalau tak, sebelum ini mesti akan cepat demam dan selsema. Tapi sejak amik Vitamin C, saya dah susah nak demam". - Puan Irahartatik Rusdi

7. Testimoni Vitamin C buatkan kulit tak perlu makeup tebal


" Makan Vita C untuk kulit sihat dan cantik sebab tak suka pakai make up tebal. Vita C bantu jadikan kulit muka tak kering lagi". - Puan Hayati Suki

8. Testimoni Vitamin C buatkan kulit semakin cerah


" Suka makan Vita C sebab support nutrien dalam badan. Muka makin cerah! Jimat sebab tahan 6 bulan". Puan Alifatul Amirah
9. Testimoni Vitamin C buatkan kulit semakin cantik dan berseri



" Saya amalkan Vita C asalnya sebab dulu muka saya kusam. Kalau berbedak pun rasanya still nampak kelabu asap. Lepas konsisten amal Vita C, rasa kulit dah cantik berseri. Licin, jerawat susah nak jejak". Puan Atie Alias
10. Testimoni Vitamin C buatkan resdung , jerawat dan parut tiada lagi 


" Saya sukakan Vitamin C ni sebab resdung tiada lagi. Dulu setiap pagi, selalu selsema pakej bersin 6-7 kali one shot. Sekarang dah tak da lagi. Parut hitam bekas jerawat pudar". - Puan Siti Rahayu

Jom dapatkan Vitamin C anda sekarang. Boleh hubungi kak shima di 012-2043175 untuk sebarang pertanyaan atau boleh klik ikon whatsapp di sebelah kiri blog ini :)





Continue Reading

Thursday, 13 February 2020

Vitamin C Untuk Kulit Cantik Berseri







Semua orang baik lelaki ataupun wanita selalu inginkan kulit yang sentiasa sihat dan bebas jerawat. Korang tau tak, vitamin C adalah salah satu nutrisi penting yang diperlukan untuk dapatkan kulit yang sihat.

Untuk pengetahuan semua, vitamin C atau nama saintifiknya L-ascorbic Acid adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar di dalam badan. Sebarang lebihan vitamin C akan dikumuhkan melalui air kencing. Ini bermakna kita perlu mengambil vitamin C setiap hari sama ada dari diet harian ataupun dengan pengambilan supplemen tambahan.

Buah-buahan dan sayuran merupakan sumber terbaik vitamin C

Boleh baca sini :

Sumber Vitamin C Dari Buah Dan Sayuran

Kebaikan Vitamin C Pada Kulit

Terdapat lambakan supplemen vitamin C di pasaran. Supplemen ini ada yang dalam bentuk tablet ataupun serbuk. Ianya menjadi kegemaran semua dalam menadapatkan kulit yang sihat dan cantik.

1. Penghasilan Kolagen





Vitamin C merupakan bahan utama dalam membina dan menghasilkan kolagen bagi mendapat kulit yang berseri. Semakin meningkat usia kita, semakin menurun panghasilan kolagen dalam badan.Oleh itu, pengambilan vitamin c yang berterusan dalam bentuk supplemen dapat memberi kesan kepada penghasilan kolagen terutamanya bila usia kita makin meningkat.


2. Menghasilkan Kulit Yang Berseri




"Vitamin C adalah antioksidan yang kuat yang dapat meneutralkan radikal bebas yang berbahaya pada kulit" menurut Dr. Patricia Wexler, seorang pakar kulit dari Amerika Syarikat. Beliau juga berpendapat disebabkan sifat antioksidannya, Vitamin C  membantu dalam proses pembaharuan semulajadi kulit kita sekaligus membantu pembaikan sel-sel kulit yang rosak.

3. Menghalang Pembentukan Pigmentasi



Kulit muka anda ada banyak tompok hitam? Ianya berasal dari pigmen yang berperanan memberi warna pada kulit. Apabila dikeluarkan secara berlebihan , kulit anda akan menjadi gelap pada sebahagian atau keseluruhan tubuh badan. Vitamin C menghalang malignan sekaligus menghalang penyahwarnaan dan memulihkan kerosakan sel-sel kulit yang disebabkan oleh sinar matahari. Namun proses untuk menghilang pigmentasi ini megambil masa yang lama untuk pulih walaupun menggunakan Vitamin C pada dos yang tinggi.



Fakta :Manusia tidak berupaya menghasilkan Vitamin C berbanding haiwan. Mamalia seperti lembu dan kucing boleh menghasilkan Vitamin C sendiri.


Oleh yang demikian, kita perlu mengambil Vitamin C yang mencukupi setiap hari sama ada dari diet harian mahupun supplemen tambahan bagi mengekalkan kulit yang sihat dan bebas jerawat
Continue Reading

Tuesday, 4 February 2020

Promosi Shaklee Februari 2020



Promosi Shaklee Februari 2020
Promosi Shaklee Februari 2020

Bulan Februari tahun ini special sikit sebab ianya tahun lompat. Siapa yang lahir 29hb Februari, boleh buat sambut hari lahir besar-besaran tahun ini hehehe. 

Promosi Shaklee bulan ini lebih memberi tumpuan pada semua agar dapat meningkatkan sistem imun di masa bermacam-macam wabak sekarang ini. 

1. Promosi Vitamin C Shaklee

Beli 2 botol dapat diskaun 5% ( jimat RM 9 )

Vitamin C antara vitamin yang menjadi kegemaran ramai. Satu keluarga boleh ambil. Antara manfaat Vitamin C :
  • Kuatkan sistem imun badan
  • Cantikkan kulit dengan bantu merangsang penghasilan kolagen
  • Bantu penyembuhan luka
  • Lindungi kulit dari sinar UV
  • Bantu atasi resdung

Baca juga :


2. Promosi CoQTrol Shaklee

Beli 3 botol dapat diskaun 10%- RM 401 (jimat RM 44)

CoQTrol ini boleh jadi energy booster untuk mereka yang selalu tidur lambat, kerap outstation atau badan cepat letih. 


3. Promosi Zinc Plus Shaklee

Beli 1 dapat FREE 1 ( jimat RM56 )

Boleh dikatakan Zinc Plus ini jarang dicari. Kiranya tak femes macam Vitamin C. Namun sebenarnya Zinc Plus ini banyak juga manfaatnya terutamanya pada ibu yang berpantang, mereka yang masalah rambut gugur dan mereka yang ada masalah kesuburan

Baca juga:

Zinc Plus Shaklee : Keistimewaan Dan Manfaatnya

4. Promosi Garlic Shaklee

Garlic ini kecil sahaja. Mudah ditelan sama macam Ostematrix Shaklee. Ianya umpama antibiotik semulajadi bagus sangat dalam tingkatkan sistem imun, kurangkan kadar kolesterol, stabilkan tekanan darah tinggi dan boleh juga bantu cantikkan kulit ( orang Korea suka makan garlic setiap  hari tau )


5. Promosi Youth Radiance C + E


Beli mana-mana produk YOUTH dan cukupkan 200 point ( RM750 ) dalam satu resit , anda berpeluang : 
  • Dapat FREE Youth Radiance C + E ( bernilai RM 330 )
  • Dapat FREE postage
  • Cash Back RM 30++    
6. Promosi Meal Shakes Shaklee

Beli 2 dapat diskaun 5%

Mealshakes selalu menjadi feberet ibu-ibu dalam membantu tangani anak yang picky-eater, sembelit ataupun anak yang ada masalah berat badan. Ianya berbentuk serbuk dan dibancuh bersama susu atau minuman kegemaran anak-anak.

Baca juga :

Testimoni MealShakes - Sembelit Anak Pulih

7. Promosi Performance Drink ( Oren ) Shaklee

Beli 2 dapat diskaun 5%

Performance Drink ( PD ) ini selalunya menjadi pilihan atlit kerana ianya membantu memberi tenaga segera dan cegah dehidrasi. Ia juga boleh diamalkan oleh ibu hamil, orang yang berpuasa atau mereka yang bekerja di bawah terik matahari.

8. Promosi Performance Drink ( Lemon Lime ) Shaklee

Beli 2 dapat diskaun 5%

Performance Drink ( PD ) ini selalunya menjadi pilihan atlit kerana ianya membantu memberi tenaga segera dan cegah dehidrasi. Ia juga boleh diamalkan oleh ibu hamil, orang yang berpuasa atau mereka yang bekerja di bawah terik matahari.

9. Promosi Vitalea For Kids Shaklee

Beli 2 dapat diskaun 5%

Multivitamin untuk kanak-kanak. Lengkap dengan vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak. Rasa anggur yang sedap boleh dikunyah seperti gula-gula.


Promosi Shaklee Februari 2020
Promosi Shaklee Februari 2020 - Jom Shaklee

Bulan Februari ini bulan terakhir untuk anda mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan harga lebih jimat ( diskaun 10% dari harga ahli biasa ). Ada 5 set yang ditawarkan.

1. Promosi Vivix Set



Promosi Shaklee Februari 2020
Promosi Shaklee Februari 2020 - Jom Shaklee Vivix Set
2 Vivix RM 684 (save RM 266)
Anda dapat : 
  • FREE Membership  
  • FREE Postage  
  • Cashback RM 34
Total saving RM 375

Baca juga :

VIVIX : Segalanya Mengenai Sirap Merah Shaklee
14 FAQ Mengenai Vivix
Testimoni Vivix Untuk Kulit Cantik

2. Promosi Youth Starter Set


Promosi Shaklee Februari 2020
Promosi Shaklee Februari 2020 - Jom Shaklee Youth Set
Youth RM612 ( save RM 238 )
Dalam set ini ada :
  • Cleanser + 
  • Toner + 
  • Moisturizer SPF 50 + 
  • Night Cream = RM 612 (save 238)
Anda dapat :

  • FREE Membership 
  • FREE Postage  
  • Cashback RM 29
Total saving RM 342

3. Promosi Daily Essential Set

Promosi Shaklee Februari 2020
Promosi Shaklee Februari 2020 - Jom Shaklee Daily Essential Set
Daily Essential Set RM 736.40 ( save RM 414 )


Dalam set ini ada :
  • Vivix
  • Vitalea  
  • Vita C 
  • B Complex 
  • ESP  
  • Omega Guard 
Anda dapat :
  • FREE Membership  
  • FREE Postage
  • Cash Back RM 36
Total saving RM 525


4. Promosi Prenatal Set
Promosi Shaklee Februari 2020
Promosi Shaklee Februari 2020 - Jom Shaklee Prenatal Set

Prenatal Set RM 438.30 ( save RM 246 )

Dalam set ini ada :
  • Vitalea  
  • Vita C  
  • B Complex  
  • ESP  
  • Ostematrix  
  • Omega Guard 
Anda dapat :
  • FREE Membership  
  • FREE Postage
Total saving RM 321


5. Promosi Postnatal Set


Promosi Shaklee Februari 2020
Promosi Shaklee Februari 2020 - Jom Shaklee Postnatal Set

Postnatal Set RM 479.70 ( save RM 270 )

Dalam set ini ada :
  • Vitalea  
  • Vita C 
  • B Complex 
  • ESP  
  • Ostematrix 
  • Omega Guard 
  • Alfalfa
Anda dapat :
  • FREE Membership  
  • FREE Postage
Total saving RM 345


Boleh hubungi kak shima di 012-2043175 untuk sebarang pertanyaan atau boleh klik ikon whatsapp di sebelah kiri blog ini :)

Continue Reading

Monday, 3 February 2020

Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu



Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu
Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu


1. Apa itu Coronavirus ( COV ) ?





Coronavirus adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti MERS-COV dan SARS-COV.

NOVEL CORONAVIRUS 2019 nCoV pula merujuk kepada spesis baru yang belum pernah kita ditemui sebelum ini ( emergent ) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk lain 
( extant ).



2. Dimana bermulanya virus ini ?

Inilah tempatnya di Wuhan, China punca bermula nya strain virus terbaru dinamakan sebagai “Novel Coronavirus 2019 nCoV” iaitu Huanan Seafood Wholesale Market.

Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu

Coronavirus ini biasanya ada pada haiwan ternakan hingga haiwan peliharaan. Virus ini bersifat zoonotik dimana ianya boleh menyebarkan penyakit dari haiwan ke manusia.


Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu

Senarai harga yang beredar di internet di China untuk perniagaan di pasar Wuhan menyenaraikan produk haiwan atau produk berasaskan haiwan termasuk musang hidup, buaya, anak-anak serigala, salamander gergasi, ular, tikus, burung merak, landak, daging unta dan binatang liar yang lain; 112 jenis semuanya.

"Segera disembelih, dibekukan dan dihantar ke pintu rumah anda," tertera bersama senarai harga pemborong, "Tempat ternak binatang liar untuk orang ramai", tambahnya lagi.

Kerajaan China memejamkan mata terhadap penyeludupan binatang liar kerana memakannya adalah budaya mereka.

3. Cara Penyebaran Novel Coronavirus

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat ( CDC ), bila seseorang telah dijangkiti oleh coronavirus ianya mudah tersebar kepada orang di sekelilingnya melalui udara apabila
  •  pesakit batuk atau bersin 
  •  menyentuh objek yang ada virus di atasnya kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata sebelum cuci tangan
  • bersalaman atau menyentuh pesakit

4. Simptom-simptom Novel Coronavirus

Tiada biasa jangkitan adalah :
  • demam
  • selsema
  • batuk
  • sesak nafas
  • kesukaran bernafas

Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang malahan boleh membawa maut.

5. Cara Rawatan / Vaksin Untuk Tangani Novel Coronavirus

Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, tiada rawatan khusus atau vaksin yang boleh diberikan kepada pesakit yang positif virus baru ini.

Apa yang boleh dilakukan oleh kakitangan kesihatan menurut beliau adalah merawat gejala seperti demam, batuk dan selsema serta mengarahkan pesakit dikurantinkan.

6. Langkah-langkah Pencegahan



Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu
Virus Corona : Langkah Pencegahan Yang Perlu Kita Lakukan




1. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pencuci tangan ( hand sanitizer )
3. Pakai penutup mulut atau hidung ( mask ) apabila terpaksa berhubung / berurusan dengan orang lain
4. Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan atau lawatan ke negara China dan sentiasa meningkatkan kebersihan diri.


Sebagai orang Islam, kita semua percaya segala yang berlaku adalah ketentuan dariNya. Malah di dalam Al-Quran telah menyebut kita perlu mengutamakan makanan yang halal lagi baik.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Surah Al Baqarah ayat 168.


Moga kita semua terpelihara dari virus bahaya ini
Continue Reading

Penafian

#Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

#Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.