Alhamdulillah anak kedua kak shima , Nur Aisyah Safiyyah masuk Tahun 1 pada 1 Mac aritu. Seronok dia dapat pergi sekolah selepas asyik bertanya " ibu, bila Aisyah nak masuk sekolah macam abang?". Jenuh jugak nak jawab soalan dia sebab selalu ulang-ulang tanya.

Takwim persekolahan tahun 2021 berbeza dengan takwim persekolahan sebelumnya. Pada tahun ini, persekolahan dibuka secara berperingkat di mulai dengan Tahun 1 & Tahun 2 mula bersekolah pada 1 Mac 2021 manakala Tahun 3 - Tahun 6, mula kembali ke sekolah pada 8 Mac 2021.

Boleh baca lebih lanjut di sini :

Tarikh Sekolah Buka Selepas PKP 2.0

Persiapan Sebelum Ke Sekolah

Kak shima dan en suben berkira-kira juga semasa nak beli baju sekolah untuk anak-anak tahun ini. Sebab tahun 2020, mereka berdua lebih banyak menghabiskan masa di rumah dari di sekolah disebabkan wabak covid-19. Jadinya untuk Aisyah , kami belikan :

  • 2 baju sekolah agama
  • 2 pasang baju sekolah kebangsaan
  • 2 pasang kasut
  • beg sekolah
Untuk si abang Shaamel, kami belikan :
  • 2 baju sekolah agama
  • 1 pasang kasut
Barang Keperluan Untuk Ke Sekolah
  • Botol air ( guna botol air masa taska )
  • Alat tulis asas ( beli kongsi dengan abang )
  • Hand sanitizer
  • Pelitup muka
  • Tisu Basah

Hari Pertama Persekolahan

Alhamdulillah pagi² Aisyah mudah nak bangun, mudah pergi mandi dan boleh bersiap sendiri. Kak shima pula sediakan sarapan untuk abang Shaamel n Aisyah sebagai alas perut sebelum hantar Aisyah ke sekolah agama.

Pengalaman Anak  Masuk Darjah 1 Tahun 2021
Pengalaman Anak  Masuk Darjah 1 Tahun 2021

Dengan SOP yang menjadi norma baru, alhamdulillah Aisyah seronok ke sekolah. Dapat ramai kawan katanya. 

Moga wabak covid19 ini cepat berlalu pergi dan anak² kita dapat melalui zaman persekolahan mereka seperti kita dahulu.