Penggunaan Pulse Oxymeter Penting Untuk Pesakit Covid 19

Penggunaan Pulse Oxymeter Penting Untuk Pesakit Covid 19

Penggunaan Pulse Oxymeter Penting Untuk Pesakit Covid 19 | Tahukah anda penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda semasa positif Covid 19?

Penggunaan Pulse Oxymeter Penting Untuk Pesakit Covid 19
Penggunaan Pulse Oxymeter Penting Untuk Pesakit Covid 19

Apa itu Pulse Oximeter?

Pulse Oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.

Bila masa sesuai guna Pulse Oximeter?

Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Kenapa Perlu Ada Pulse Oximeter?

Bagi pesakit Covid 19, ada satu keadaan yang dinamakan ' Happy Hypoxia ' di mana paras oksigen dalam darah ( spo2 ) rendah je tetapi tiada masalah bernafas dan tidak bergejala. 

Diam je virus Covid-19 dalam badan pesakit. Tahu2 pesakit dah sesak nafas dan perlukan bantuan oksigen. Boleh diberi nama Pembunuh Senyap. Walaupun namanya ' happy ' tetapi kesannya amat merbahaya.

Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:
1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
4.Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.
5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.
Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati.

Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.

Harga Pulse Oximeter

Harga Pulse Oximeter dalam range RM30 - RM100. Ada juga harga lebih dari ini
Pilih yang ada kelulusan MDA/FDA. Boleh semak di sini model Pulse Oximeter yang diiktiraf.

Boleh beli di e-comerce seperti Shoppe atau Lazada dan kedai farmasi.
Satu Keluarga, Satu Pulse Oximeter!
Jom invest sikit untuk nyawa.

Nota :
MDA - Malaysian Divice Authority
FDA - Food And Drug Administration

Post a Comment

14 Comments

  1. Alhamdulilah, awal2 ada juga beli ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Belum beli lagi. Kena cari jugak nie :)

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Belum checkout lagi..

    ReplyDelete
  3. haritu tengok orang beli kat shoppee letak kat teddy pun keluar reading hehehe :P

    ReplyDelete
  4. Banyak kemudahan kesihatan yang boleh disimpan di rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  5. dah jadi keperluan dah oxymeter ni.. sgt penting ni especially yg ada kes covid

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)