Wednesday, 18 August 2021

Supplemen Untuk Kuatkan Sistem Imun Ibu Hamil

Supplemen Untuk Kuatkan Sistem Imun Ibu Hamil
Supplemen Untuk Kuatkan Sistem Imun Ibu Hamil

Supplemen Untuk Kuatkan Sistem Imun Ibu Hamil | Minggu lepas kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi kegemaran ramai, Siti Sarah Raissuddin akibat positif covid 19. Beliau yang sarat mengandung 8 bulan meninggalkan keluarga termasuk bayi yang baru dilahirkan  secara pembedahan Ayyash Affan akibat komplikasi virus jahat itu.

Rentetan dari peristiwa ini , Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan seramai 70 ibu hamil menjadi korban virus covid 19 ini dari Januari 2021 sehingga 9 Ogos 2021.Tiada kes kematian di kalangan ibu hamil yang direkodkan tahun lepas.

Menurut beliau, bagi tahun 2021, purata kes covid 19 bagi bulan Januari 2021 hingga bulan Mei 2021 adalah sebanyak 2 kes setiap bulan.

Walaupun bagaimanapun berlaku peningkatan kes kematian mendadak sejak Jun 2021 iaitu sebanyak 17 kes kematian.

Kenapa Ianya Boleh Berlaku?

Selain dari ketentuanNya, semasa hamil, sistem imun si ibu berada pada tahap yang rendah. Ianya disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku sepanjang kehamilan.

Jadi untuk kekal sihat dan tidak mahu jatuh sakit semasa hamil, si ibu boleh mengamalkan diet yang sihat dan pengambilan supplemen tambahan.

Apakah Persediaan Awal Ibu Hamil?

1. Vitamin C

Vitamin C memang popular penting untuk kuatkan sistem imun semua orang termasuk ibu hamil. Disebabkan ini, adalah penting untuk mengambil vitamin C setiap hari sama ada melalui pemakanan atau supplemen tambahan.

Vitamin C juga penting untuk penyerapan optimum zat besi yang diperlukan untuk pembentukn sel darah merah.

Baca : Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Hamil

2. Folic Asid

Folic Asid adalah vitamin B yang setiap sel dalam badan anda perlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Mengambil folic asid sebelum dan selepas awal kehamilan dapat membantu mencegah kecacatan kelahiran otak dan tulang belakang  yang disebut kecacatan tiub saraf.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan folic asid dapat membantu mencegah kecacatan jantung dan kecacatan kelahiran di mulut bayi ( dikenali sumbing bibir dan lelangit ).

3. Vitamin D

Vitamin larut lemak ini penting untuk fungsi sistem imun, kesihatan tulang dan pembaharuan sel.

Kekurangan Vitamin D semasa kehamilan sering dikaitkan dengan peningkatan risiko pembedahan secara caesar, pre-eklamsia, kelahiran pra-matang dan diabetes semasa hamil

Cara mudah untuk dapat Vitamin D adalah dengan berjemur sekejap pada waktu pagi antara waktu        8pagi -10pagi untuk dapat cahaya matahari yang kaya dengan Vitamin D.

4. Protein Soya

Protein penting untuk bina sel-sel sistem imun yang rosak. Ia menyokong antibodi badan dalam melawan sebarang jangkitan semasa hamil dan mengurangkan risiko virus dari menjangkiti ibu hamil sekaligus melindungi bayi dalam kandungan.

Protein Soya ESP Shaklee beri banyak manfaat pada ibu hamil. Selain kuatkan sistem imun, ia juga boleh boleh beri tenaga pada ibu hamil yang sering berhadapan masalah tiada selera makan.

5. Asid Lemak Omega-3

Asid docosahexaenoic ( DHA ) sejenis asid lemak omega-3 yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak dan mata bayi. 

Asid Lemak Omega 3 bersifat anti radang jadi  ia penting dalam meningkatkan sistem imun badan ibu sekaligus baik untuk bayi dalam kandungan juga.

Semua supplemen ini boleh diamalkan sebelum , semasa dan selepas hamil. Jimat kan . Dalam pada itu, boleh juga amalkan Set Hamil yang Shaklee cadangkan.

Baca juga:

Apa Yang Anda Perlukan Untuk Kehamilan Sihat?

Jika ingin lebih PENJIMATAN, boleh daftar sebagai ahli Shaklee dan terus aktifkan keahlian di sini.

Boleh juga hubungi kak shima di 012-2043175 untuk belian atau klik sahaja ikon whatsapp di sebelah kiri blog :)




16 comments:

  1. Bagus beri info kepada ibu mengandung, dulu nak mengandung ambik folic acid, iron folic, tak sure.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak info tentang ibu hamil sekarang ini di google. hanya di hujung jari hehehe

      Delete
  2. Moga bermanfaat untuk ibu hamil.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bermanfaat untuk para ibu mengandung..

    ReplyDelete
  4. ibu yg hamil waktu sekarang ni perlu 2-3 kali ganda kuatkan imun sistem badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan sekarang perlu sangat. Boleh kurangkan kekerapan jumpa doktor :)

      Delete
  5. waktu2 begini perlu sangat kepada supliment tambahan kan.. semoga semua ibu hamil di lindungi allah swt, aamiin

    ReplyDelete
  6. semoga ibu2 hamil dilindungi Allah daripada penyakit covid yg kejam ini.

    ReplyDelete
  7. Suppliment memang penting sangat. Yang hamil or tak hamil pun sama penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah naniey. Semua perlu jaga kesihatan sekarang ini :)

      Delete
  8. Semoga dipermudahkan urusan ibu2 hamil semua

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

Penafian

#Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

#Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.